Terpengaruh Kartun, Budak Empat Tahun Terjun Dari Tingkat 26 Guna Payung
Izwan Isa
28/05/2023 23:50 MYT
28/05/2023 23:50 MYT
Seorang kanan-kanak lelaki di Hunan, China terjun dari rumahnya di tingkat 26 sebuah apartment sambil memegang sekaki payung, meniru gaya kartun yang disaksikan di televisyen.
Nasib menyebelahinya, kanak-kanak berusia empat tahun itu selamat dan kini dirawat di sebuah sebuah hospital di sana.
Menurut laporan portal Weibo, ibu kepada kanak-kanak lelaki terbabit bertugas di bandar berlainan sementara bapanya sering ke luar negara atas tugasan kerja.
Ketika kejadian, neneknya iaitu penjaga kanak-kanak itu keluar untuk menjemput kakaknya.
Menerusi laporan Oriental Daily pula, kanak-kanak lelaki itu didakwa sering menonton kartun Tom And Jerry dan menganggap dia mampu untuk mendarat dengan selamat menggunakan payung.
Disebabkan berat badan kanak-kanak itu yang ringan dan kebetulan dia jatuh di atas sebuah pokok besar, impak terjunannya berkurangan. Dia hanya patah tangan kanan.
Menerusi komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen, ramai yang berdebat sama ada perlu menyalahkan kartun yang ditonton sehingga menyebabkan dia terpengaruh untuk melakukan hal yang serupa.
Ada juga yang berpendapat, penjaga kepada kanak-kanak itu perlu lebih bertanggungjawab dan sentiasa memantau tingkah laku anak kecil lebih-lebih lagi ketika berada di rumah.
Sumber: Mothership