Berita

Terperangkap cinta 'Love Scam' Dua Wanita Warga Emas Rugi Lebih RM2 Juta Terpedaya Kekasih Maya

gempak
Gempak
18/12/2024
01:55 MYT
Sponsor Banner
Terperangkap cinta 'Love Scam' Dua Wanita Warga Emas Rugi Lebih RM2 Juta Terpedaya Kekasih Maya
Seorang wanita warga emas mengalami kerugian kira-kira RM2.2 juta selepas ditipu kekasih alam maya yang dikenali sejak 2017.

BERITA BERKAITAN: Tertipu Pakej Travel Ke Korea Selatan TikToker Popular, 10 Pelanggan Buat Laporan Polis - "Kami Rasa Diperdaya"

BERITA BERKAITAN: "Take as much as you need” - Mydin Boss Offers to Provide Khairul Aming with Aid for Kelantan Flood Victims

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, akauntan berusia 67 tahun itu mendakwa berkenalan dengan seorang lelaki warga Amerika Syarikat di laman sosial.
"Suspek memperkenalkan dirinya sebagai ahli perniagaan dalam bidang pembekalan alatan perubatan di Singapura.
"Selepas sebulan berkenalan, hubungan mereka menjadi semakin rapat dan mula menjalinkan hubungan cinta secara maya," katanya pada sidang akhbar di Pejabat JSJK, Menara KPJ, pada Selasa.
Ramli berkata, suspek kemudian mendakwa ingin berpindah ke Malaysia, namun memerlukan wang untuk kos pengangkutan.
"Mangsa bersetuju untuk membantu dengan membuat pindahan wang berjumlah RM5,000 ke akaun yang diberikan suspek," katanya.
Beliau berkata, suspek kemudiannya terus meminta wang dengan pelbagai alasan seperti masalah peribadi dan urusan perniagaan.
"Mangsa membuat sebanyak 306 transaksi wang ke 50 akaun bank berbeza membabitkan jumlah keseluruhan sebanyak RM2.2 juta," katanya.
Menurutnya, siasatan mendapati sebahagian wang itu adalah hasil pinjaman daripada ahli keluarga dan rakan-rakannya.
"Mangsa hanya menyedari dirinya ditipu pada November lalu selepas berkongsi cerita tersebut dengan seorang rakan dan laporan polis telah dibuat pada Isnin,"katanya.
Mengulas lanjut Ramli berkata, modus operandi utama sindiket menggunakan profil palsu, pengakuan cinta awal, permintaan wang atas pelbagai alasan dan keengganan bertemu secara bersemuka.
Dalam kes berasingan, Ramli berkata, seorang wanita berusia 57 tahun telah mengalami kerugian sebanyak RM2.47 juta selepas terperangkap dalam penipuan sindiket 'love scam'.

"Mangsa yang juga seorang pekerja swasta dilaporkan mula berkenalan dengan seorang lelaki warga England sekitar April lalu melalui laman sosial.

"Setelah berinteraksi selama dua minggu, lelaki tersebut turut mendakwa ingin datang ke Malaysia untuk bertemu mangsa," katanya.
Ramli berkata, mangsa kemudian dihubungi individu yang mendakwa sebagai pegawai kastam.
"Sindiket berkenaan memaklumkan bahawa mereka telah menahan lelaki itu kerana membawa masuk wang tunai sebanyak RM4.66 juta
"Bagi membebaskan lelaki itu, mangsa diminta membuat pembayaran untuk mendapatkan sijil pengesahan daripada pelbagai agensi termasuk Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kementerian Kesihatan Malaysia dan kedutaan," katanya.
Menurut Ramli, mangsa yang percaya telah membuat transaksi wang ke 13 akaun bank berbeza.

“Difahamkan mangsa masih diminta untuk membuat bayaran tambahan sebelum menyedari dirinya ditipu dan membuat laporan polis pada 28 November lalu.

“Kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.
SUMBER:Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024