“Terperap Di Rumah, Murung dan Kecewa Tapi…”- Enot Bangkit Selepas Disahkan Menghidap Kanser

Syafiqah Jalal
Februari 15, 2019 10:35 MYT
Pelakon Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah akui buntu dan murung apabila disahkan menghidap kanser usus peringkat awal pada tahun 2013.
Namun Enot memberitahu dia telah bangkit dan melawan penyakitnya itu selepas menyedari anak-anaknya masih memerlukannya untuk terus hidup.
“Pada tahun 2013, aku disahkan menghidap kanser usus, early stage. Hancur hati, jiwa dan raga! Aku buntu. Aku pilih untuk terperap kat rumah, murung dan kecewa.
“Tapi satu hari, aku tersedar; Sampai bile aku nak macam ni? Aku ada anak-anak yang masih perlukan aku dalam hidup diorg. Aku kena kuat!.
“Kalau orang tanya dari mane datangnya kekuatan untuk aku bangkit? Jawapannye adalah ANAK! Bagi aku, anak-anak la ubat paling mujarab! Mereka bagi aku kekuatan untuk aku bangkit dan lawan sampailah tamat zaman penderitaan tu.
“Alhamdulillah, aku bersyukur Ya Allah. Terima kasih berikan aku anak-anak yg memahami keadaan aku ketika itu,” tulisnya.
Enot berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Kini, Enot memberitahu dia sudah bersedia untuk kembali aktif dalam bidang seni.
“Aku yakin Allah adalah sebaik-baik perancang. Dia merancang kehidupan aku dari senang ke sakit dan kembali sembuh macam biasa. Semua itu aku anggap takdir supaya aku belajar bersyukur dengan nikmat yang Allah beri! Alhamdulillah.
“Sekarang, aku berdoa pada Allah supaya aku sentiasa sihat, kuat dan bertambah2 meletop untuk aku mampu meneruskan perjuangan hidup aku.
“Tahun 2019 ini, Enot dah comeback ke dunia seni. Insha Allah semoga tahun ini akan menjadi tahun kebangkitan dan kejayaan kepada aku! Amin.
“Jika ada follower Enot yang sedang menghidap kanser atau kanser survivor di luar sana, Please always think positive. Be strong! Enot doakan kita sama-sama sembuh sepenuhnya. Amin,” katanya lagi.
Enot memiliki dua orang anak iaitu Andriana Balqis dan Ariana Qaseh Qistina.
#Penyanyi #Enot #Penyanyi #Kanser #Murung