Nusantara

Terpisah Hampir 12 Tahun, Siapa Sangka Dua Anak Beranak Ini Akhirnya Ditemukan Hasil Bantuan...

gempak
Hanafis Haris
08/10/2020
00:15 MYT
Sponsor Banner
Terpisah Hampir 12 Tahun, Siapa Sangka Dua Anak Beranak Ini Akhirnya Ditemukan Hasil Bantuan...
Sering dianggap sebagai platform yang negatif, siapa sangka media sosial akhirnya menjadi medan untuk seorang anak berjumpa dengan ayahnya selepas sekian lama terpisah.
Kisah meruntun jiwa itu dikongsi sendiri oleh gadis tersebut yang dikenali sebagai Shania Natashha menerusi beberapa postingdi Twitter.
Malah, sehingga kini, posting tersebut telah dikongsi sebanyak 10,500 kali.
Menurut Shania, dia pada awalnya hanya mencuba nasib mencari ayahnya, Muhammad Shahril Adam Abdullah dengan memuat naik mereka berdua sekitar 12 tahun lalu.
Dia mengatakan mereka terpisah selepas ayahnya bercerai dengan ibunya sejak 2008.
Jelasnya, selepas gambar mereka tular, terdapat seorang individu telah menghubunginya mendakwa dia adalah adik beradik kepada ayahnya.
“Terima kasih korang, saya dah 90 peratus dah nak jumpa ayah. Ada yang mesej katanya dalam gambar tu adalah adik beradiknya.
“Aku tak tahu boleh dapat bantuan sejauh ini,” katanya.
Menurutnya, dia kini telah pun berjaya menghubungi ayahnya dan alhamdulillah semuanya dalam keadaan yang baik.
“Bangun pagi-pagi aku speechless, terkejut ramai sepupu belah ayah mesej aku tanya khabar. Terima kasih banyak-banyak, i love you guys,” katanya.
Menerusi ciapan terbaharu Shania di Twitter, dia turut berkongsi gambar terkini ayahnya yang kelihatan sihat dan masih segak seperti 12 tahun lalu.
Anda boleh lihat posting penuh gadis tersebut di bawah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live