Laman Utama
Terpisah Jakarta, Timor Leste, Krisdayanti Pastikan Sahur & Berbuka Setiap Hari Bersama Raul Lemos
Tahun 2021 ternyata menjadi tahun yang membuat Krisdayanti banyak terlepas momen indah dalam hidupnya bersama suami, Raul Lemos. Sudah lapan bulan Krisdayanti dan Raul terpisah jarak antara Jakarta dan Timor Leste.
Selepas merayakan ulang tahun ke 46nya sendirian dan pertama kali meraikan anniversary pernikahan 10 tahun tanpa suami di sisi, kini Krisdayanti akan menjalani sebuah lagi momen besar seorang diri.
Pesohor Indonesia ini akan menjalani ibadah puasa yang akan tiba beberapa hari lagi seorang diri. Hal itu lantaran dia yang kini berada di Jakarta masih tidak boleh pulang ke kediaman rasminya di Timor Leste, manakala Raul pula tidak boleh terbang ke Jakarta buat masa ini.
Timor Leste saat ini bukan sahaja sedang lockdown kerana pandemik COVID 19, namun Raul sedang sibuk memberi bantuan kepada kawasan Nusa Tenggara Timur (NTT) yang dilanda musibah.
"Sedih sangat kerana kali ini di bulan Ramadan tidak dapat menyambutnya dengan suami," kata Krisdayanti seperti dilaporkan Detik.com.
Malah dua anaknya juga pertama kali menjalani ibadah puasa tanpanya. Namun, Krisdayanti tetap optimis dan mengatakan teknologi seperti panggilan video akan memastikan mereka 'dapat bersama' setiap hari terutama pada waktu sahur dan buka puasa.
"Saya masih tetap boleh video call anak anak setiap masa. Bersahur dan berbuka juga bersama (secara virtual)," katanya.
Penyanyi ini mengaku tidak mahu mementingkan diri. Baginya, dia rela Raul membantu penduduk di bumi kelahirannya yang ditimpa musibah.
Dia juga sangat prihatin dengan nasib yang sedang dialami rakyat di NTT.
"Saudara saudara kita di NTT sedang susah. Hujan lebat telah membuat banyak jambatan dan jalan raya runtuh, lantas terputus hubungan.
"Jadi marilah kita berdoa agar keadaan kembali pulih dan mendoakan kesejahteraan buat semua," tutupnya.
Instagram: @krisdayantilemos
Must-Watch Video