Berpisah lebih 22 tahun, seorang wanita terpaksa meminta bantuan orang ramai untuk mencari bapanya yang merupakan warga Korea Selatan.

Wanita berkenaan, Helmi Saputri Nurlinda Sari atau lebih mesra dikenali Linda, 25 yang berasal dari kampung Ambon, Jakarta kini buntu apabila bapanya, Kim Kuk Seong masih belum ditemui.

Menurut laporan portal Detik News, Linda berkongsi hasrat itu menerusi satu video dimuat naik di Tik Tok.

Linda berkata, dia masih mempercayai bapanya kini berada di Korea Selatan.

"Ini bapa kandung saya, ibu bapa saya bercerai ketika saya berusia tiga tahun.

“Sejak daripada itu sehinggasaya berusia 25 tahun tidak pernah bertemu.

"Ayah saya kembali ke kampung halamannya. Saya tidak tahu sama ada dia masih hidup atau tidak," tulisnya.

Jelasnya lagi, sejak ibu bapanya berpisah, dia tinggal bersama neneknya di Ambon, Sulawesi.

“Sejak tahun 1998, saya dan keluarga tidak pernah bertemu dan tidak menerima khabar daripada bapa lagi.

“Saya juga tidak menyangka cubaan pertama mencari bapa di TikTok mendapat perhatian.

"Saya hanya mencuba nasib mencari ayah di TikTok,” katanya yang menggunakan akaun @ lindasari2607.

Difahamkan, sejak semalam, video itu telah ditonton lebih dua juta tontonan dan mendapat lebih 215,000 dan lebih 4,000 komen daripada netizen.

Anda boleh lihat video tersebut di bawah.

@lindasari2607

#brokenhome #fyppleaseeeeee melalui tiktok semoga bisa bertemu dengan ayah??

♬ Bertaut - Nadin Amizah - 〆 ???? ???? ❞ ⚔️