“Terpulang Pada You Untuk Menilai Atau Menghargai I” – Luahan Hati Isteri Rody Kristal

Mya Amri
Mac 11, 2019 08:35 MYT
Isteri gitaris kumpulan Kristal, Rody, Niena Azman membuat luahan hati sempena ulang tahun kelahiran suaminya baru-baru ini.
Kata Niena, sebagai seorang isteri dia akan berusaha untuk menjadi yang terbaik buat suaminya.
“Happy Born Day En.Mi. Kalau orang kata sayang tu sanggup buat apa saja tapi I tak… Buat apa yang termampu cuma I akan usaha jadi yang terbaik.
“Terpulang pada you untuk menilai atau menghargai I, redha ketentuan Allah itu lebih bagus sebab itu la kita berjodoh kerana saat I tak terpikir untuk berkahwin, finally I kahwin juga.
“Cuma tak sangka dapat retis pulak, percaya la sayang I dekat you kerana you memang material seorang suami dan I like lelaki rambut panjang.
“Semoga you sentiasa sihat, dipanjangkan umur dan dijauhkan dengan orang-orang yang tak baik. Percaya la dugaan dan fitnah yang Allah turun kan ada hikmah untuk nikmat yang lebih berkekalan.
“Insha-Allah stay rock and stay chill… I dah bagi peneman lawan FIFA, now dah beli yang baru so good luck.
“Sorry tak dapat bagi hadiah mewah-mewah, hidup kita biasa-biasa je tak have-have tapi kalau have-have I belikan you kereta, kereta sorong untuk bawa anak kitea jenjalan,” tulisnya.
Terdahulu, Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin mendirikan rumah tangga bersama Niena yang juga merupakan penjaga gol Skuad Wanita Futsal Kebangsaan pada 27 April 2018.
Niena selamat melahirkan putera sulung secara normal, jam 9:34 malam pada 14 Januari lalu.
Foto: Instagram @niena_azmann
#Rody Kristal #Niena Azman