Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Tersenarai Sebagai Penerima Anugerah Ahli Darjah Kinabalu, Marsha Milan Londoh; “Saya Hanya Diberitahu Bahawa…”

Ernalisa
10/10/2024 01:55 MYT
Penyanyi, pelakon, dan pengacara, Marsha Milan Londoh, mengaku terkejut apabila dimaklumkan bahawa dirinya tersenarai sebagai penerima Ahli Darjah Kinabalu.

BERITA BERKAITAN : Syaffiq Sahli Teruja Ajai Bikin Lagu, Terkejut Undian Tertinggi Gimme The Mic Global!

BERITA BERKAITAN : 4 Fakta Menarik Inovasi Baharu Kasut Ikonik Dr. Martens!

BERITA BERKAITAN : Baim Wong Dakwa Isteri Curang Punca Mahu Cerai: “Lelaki Itu Teman Baik Saya”

BERITA BERKAITAN : Beza Umur 35 Tahun? “Laki Aku Bukan Laki Kau!” | Motif Trending


Gembira dan teruja, Marsha berkata perkara tersebut hanya dimaklumkan oleh rakan terdekat dan dia masih belum menerima sebarang panggilan rasmi daripada pihak berwajib.


“Syukur dengan rezeki ini. Buat masa ini, saya hanya diberitahu bahawa penganugerahan darjah tersebut akan dilakukan secara berperingkat.


“Mestilah gembira, kerana ia sebahagian daripada motivasi yang boleh membantu saya lebih bersemangat dalam bidang yang saya ceburi,” katanya.

Jelas Marsha lagi, anugerah daripada kerajaan negeri Sabah itu pastinya menjadi kebanggaan dirinya sebagai anak seni yang berasal dari negeri tersebut.

“Sebagai anak Sabah, anugerah yang bakal saya terima itu sememangnya membanggakan diri saya sebagai anak jati negeri ini.


“Alhamdulillah, semua ini adalah perkara yang saya sendiri tidak jangka. Memang saya sangat gembira,” katanya.

Selain Marsha, antara artis yang disebut-sebut menerima anugerah daripada kerajaan negeri itu termasuk Stacy, Adam, Elicia, dan Velvet.

Anugerah Ahli Darjah Kinabalu tersebut dianugerahkan sempena ulang tahun kelahiran TYT Sabah yang ke-71.

Marsha menyampaikan perkara ini ketika ditemui di majlis Rancangan Realiti A Million Voice (AMV).

Penyanyi lagu Hening Rindu ini juga telah dipilih sebagai juri dalam AMV bersama dua lagi juri, iaitu Datuk Hattan dan Datuk Awie.

Mengulas mengenai pemilihannya sebagai juri di AMV, Marsha berkata bahawa pemilihan tersebut langsung tidak pernah terlintas dalam fikirannya.

Walaupun teruja, tanggungjawab sebagai juri adalah lebih penting daripada perasaan itu, kata Marsya.

#Marsha #Darjah #Anugerah #ahli #Kinabalu #penerima
;