Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Tersentuh Dengan Nasib Pesakit Covid-19, Ashraf Muslim Kongsi Kisah Ibu Sedang Bertarung Nyawa - "Terlantar Di ICU Sebab Buah Pinggang & Paru-Paru Rosak"

Zulaikha Yusof 22/01/2021 | 02:40 MYT
Pelakon Ashraf Muslim, 40, memohon agar semua pihak mendoakan ibu kepada pesakit Covid-19 yang sedang terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) disebabkan virus merbahaya itu.
Ashraf atau nama sebenarnya Muhd Ashraf Muslim akui tersentuh hati dengan nasib yang menimpa keluarga individu itu.
"Assalamualaikum.. AM agak tersentuh dengan sahabat kita di mana dia kena Covid dan maknya dalam ICU disebabkan Covid.
"Guys! Covid is real guys! AM harap sangat kita semua dapat doakan maknya (Manisah binti Kimin) yang sedang struggle untuk sembuh dari sakitnya dan hidup seperti sediakala.. Amin," tulisnya.
Menerusi perkongsian itu, Ashraf turut memuat naik tangkapan layar perbualan mereka di Instagram (IG).
Individu terbabit menyatakan ibunya berada dalam kritikal disebabkan mengalami pendarahan di paru-paru dan juga rosak buah pinggang.
"Ya betul. Sampai rosakkan paru-paru dan buah pinggang ibu saya. Sampai sekarang ibu masih di ICU. Doktor pun kata keadaan makin bertambah buruk.
"Covid-19 is real. Saya yang positif ni pun takut kalau makin teruk jadinya. Doktor kata oksigen pun kurang. Masih pakai mesin lagi. Mohon doa, "tulis pengikut Ashraf.
Pada 12 April tahun lalu, Ashraf merupakan selebriti ketiga disahkan positif Covid-19 selepas Puteri Aishah dan PU Riz.
BACA: "Sebak Di Dada, Macam-Macam Perasaan Bila Naik Ambulance" - Ashraf Muslim Positif COVID-19
#Ashraf Muslim #Pesakit COVID-19 #Real Story
;