“Tersimpan Dalam Kenangan, Hanya Tersenyum…” – Lirik Lagu Tam Untuk Tony, Buat Ramai Tersentuh
Fiza Kamarudin
08/07/2021 03:40 MYT
08/07/2021 03:40 MYT
Vokalis kumpulan Spider, Tam Mustafah menghadiahkan sebuah lagu baru berjudul Hanya Tersenyum buat sahabat baiknya, Tony Iskandar.
Tam berkata, lagu tersebut dicipta khas bersempena ulang tahun kelahiran Tony yang-50 pada 7 Julai (semalam).
Lagu Hanya Tersenyum didedikasikan khas untuk Allahyarham dan semua kenalannya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik Tam di laman sosial Instagram (IG), lagu penuh Hanya Tersenyum boleh ditonton di saluran Youtube @Tam Mustafah.
“Hari ni merupakan hari lahir Allahyarham Tony yang ke-50. . . Sebuah lagu khas untuk peminat sahabat dan kenalan arwah Tony.
“Tak perlu bersedih, Hanya senyum dan doa. Video penuh boleh lihat di Youtube channel Tam Mustafah,” katanya.
Dalam pada itu Tam turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang pernah menyokong perjalanan hidup Tony.
“Sebuah lagu aku ciptakan khas untuk peminat dan kenalan Allahyarham Tony Iskandar…Terima kasih untuk semua yang pernah menyokong perjalanan hidup arwah Tony.
“Masing-masing ada kenangan tersendiri bersamanya, janganlah kita bersedih meratapi permergiannya.
“Semoga karya ini dapat mengubat rindu kita semua. Doa untuk Tony. Al-Fatihah,” katanya.
Tambah Tam lagi, dia tidak mengambil masa lama untuk menyiapkan lirik dan lagu Hanya Tersenyum.
"Sejak arwah meninggal dunia saya selalu terfikir-fikir mengenainya. Jadi saya nak cuba buat sesuatu untuk simpan memori kami berdua.
"Entah macam mana ketika saya duduk seorang diri dan teringat segala kenangan bersama arwah, saya mesti tersenyum. Jadi saya terus menghasilkan sebuah lagu dan lirik yang ringkas.
"Saya tak nak tulis lagu yang sedih sebab tujuannya saya nak bila orang lain mendengar mereka boleh mendoakan kesejahteraan arwah bukan bersedih meratapi permergiannya," katanya.
Tony ditemui meninggal dunia di studio rakaman Luncai Emas milik komposer Datuk M Nasir di Sungai Buloh, Selangor pada 30 Jun lalu.