"Tersingkir Bukan Buat Saya Jadi Sedih Tapi Bangga Dapat Bersaing Dengan Superstar Di Malaysia" - Dany Beler
Elrafaei Sapi
15/12/2018 02:05 MYT
15/12/2018 02:05 MYT
Seperti sudah dijangka, peserta solo Dany Beler akhirnya terpaksa meninggalkan pentas Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) pada malam tadi.
Dany bagaimanapun menyatakan penghargaan pada pihak Astro atas peluang menyertai MLM 2018.
"Tersingkir bukan membuat saya menjadi sedih tapi bangga sebab saya dapat bersaing dengan superstar-superstar yang berada di Malaysia," katanya kepada Astro Gempak.
Tambahnya, dia merancang untuk terus mengadakan persembahan komedi secara solo di kedua negara sama ada di sini mahupun negaranya, Indonesia.
"Plan saya selain MLM 2018, saya mahu terus berkarya menerusi 'stand up' komedi di Indonesia mahupun Malaysia. Di sini saya akan mengadakan persembahan bersama Zawin," katanya.
Di sebalik kekalahan itu, Dany mengakui kelemahannya dalam menarik perhatian penonton terhadap persembahannya seperti mana komen ketua juri, Douglas Lim.
"Saya selalu membuat lawak menggunakan 'content' yang dekat dengan penonton agar tiada jurang tapi minggu ini sebab semuanya bagus jadi saya kalah markah. Malah, persembahan saya tadi tidak terlalu total,
mungkin kerana saya kurang usaha.
"Buat masa ini saya belum lagi membuat mana-mana persembahan di sini, mudah-mudahan ada. Jika tiada, saya akan balik ke Indonesia dan buat rancangan sendiri," katanya.
Jelasnya, dia berhasrat membuat persembahan komedi di pusat hiburan seperti kafe mahupun pusat membeli belah di Indonesia dan terbuka jika ada stesen televisyen yang berminat mahu menerbitkan programnya.
"Sejauh ini sambutan penonton terhadap 'stand up' komedi begitu tinggi. Mudah-mudahan tarikan penonton terhadap saya juga bertambah baik," katanya.
Jangan lupa menonton MLM 2018 setiap Jumaat jam 9 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan On Demand.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Astro Gempak