Tertekan Sering Ditanya Terlalu Kurus, Ini Jawapan WIN Daripada Hazama

Rozaimi Zubaidi
Julai 9, 2018 06:52 MYT
Penyanyi Hazama mengakui tertekan apabila orang ramai sering mempertikaikan bentuk badannya.
Menerusi entri di Instagram (IG), Hazama menjelaskan dia ada alasan tersendiri kenapa mempunyai bentuk badan yang kurus.
"Kekadang tertekan juga bila orang hari-hari tegur. Hazama kenapa kurus ni? Ni aku nak beri tahu kat korang ni.
"Keturunan aku memang jenis kurus even atuk aku, bapak aku, abang aku semua jenis slim fit.
"Korang yang dah makin gemuk tak jaga badan, pastu nampak orang lain kecil. Aku kurus sebab aku jaga makan dan kekadang makan sehari sekali je bukan sebab tak ada duit tapi sebab aku tau apa fungsi makan dalam hidup.
"Jadi kepada mereka yang dulu kurus pastu jadi sasa ke sado ke berisi ke gemok ke lantak korang la. Aku ok macam ni. Jangan tanya kenapa aku kurus," tulisnya.
Rata-rata peminat bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Hazama dan berharap dia tidak tertekan serta menghiraukan pertanyaan yang sering dilemparkan pada dirinya.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Foto: Instagram
#Penyanyi #Hazama #Penyanyi #Hazama