Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tertelan Cecair Pembasmi Kuman, Ashanty Buang Air Besar 12 Kali

Amri Hassan
06/07/2021 03:53 MYT
Malang tidak berbau! Penyanyi Indonesia, Ashanty secara tidak sengaja tertelan cecair pembasmi kuman selepas menyangkakan ia ubat kumur.

Berlaku di kediamannya baru-baru ini, Ashanty mengakui keliru dengan pembungkusan cecair itu yang berwarna biru dan menyerupai ubat kumurnya.

"Aku fikir ubat kumur ternyata cecair pembasmi kuman. Telan, huek! Ada rasa lavender," katanya yang cuba memuntahkan semula cecair tersebut.

Kesannya, pelantun lagu Kesakitanku itu mengalami perut memulas hingga terpaksa membuang air besar sebanyak 12 kali.

Selain itu, Ashanty merasakan panas pada bahagian dadanya hingga tidak boleh tidur.

Justeru, isteri kepada Anang Hermansyah itu mengambil inisiatif meminum air kelapa hijau untuk meredakan kesakitan yang dialami.
#Penyanyi #Indonesia #Ashanty #Ubat Kumur #Disinfectant #Telan
;