Penyanyi Mila Jirin meluahkan rasa gembira kerana impian untuk membawa ibu bapa merasmikan rumah barunya tercapai.

Mila memberitahu perkara itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya.

Menurut Mila, dia berasa bahagia melihat kedua ibu bapanya tersenyum selain mengucapkan terima kasih kerana mendoakan kejayaannya.

“Belum sempurna bakti kita terhadap ibu dan ayah apabila tidak mendoakan kebaikan dan ampunan untuk mereka. Tidak lupa juga mendoakan mereka supaya diberikan ganjaran syurga.

“Tertunai impian nak bawa mak ayah mai rasmi rumah baru di JB. Alhamdulillah... Senyuman bahagia mak ayah, membuatkan kita rasa lebih bahagia.

“Tadi waktu mak ayah nak balik KL sempat cakap lagi ‘terima kasih sebab selalu doakan kejayaan saya... Doakan kami’.

“Terima Kasih mak ayah atas doa yang tak pernah putus buat anak mu ini. Bahagiakan mak ayah dan keluarga. InsyaAllah, Allah beri nikmat kebahagian yang tak terhingga,” tulisnya.

Belum sempurna bakti kita terhadap ibu dan ayah apabila tidak mendoakan kebaikan dan ampunan untuk mereka. Tidak lupa juga mendoakan mereka supaya diberikan ganjaran syurga. - Tertunai impian nak bawa mak ayah mai rasmi rumah baru di JB...ALHAMDULILLAH...Senyuman bahagia mak ayah, membuatkan kita rasa LEBIH BAHAGIA.... - Tadi waktu mak ayah nak balik KL...sempat cakap lagi "terima kasih sebab selalu doakan kejayaan sya...doakan kami" .... - Terima Kasih mak ayah atas DOA yang tak pernah putus buat anak mu ini... - Bahagia kan MAK AYAH dan KELUARGA..insya Allah, Allah beri nikmat kebahagian yang tak terhingga...

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin) on


Terdahulu, Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin yang merupakan juara Akademi Fantasia musim kelima ini mula berkecimpung dalam dunia perniagaan sejak beberapa tahun ini.

Mila juga memiliki empayar bisnesnya sendiri antaranya pakej perkahwinan Bizmilla, produk kesihatan dan kecantikan Bizmilla NZ Beauty, dan perniagaan pastry, Cakesmilla.my.