Selepas ditegur isterinya mempunyai wajah yang mirip dengan selebriti Hanis Zalikha, penyanyi Haqiem Rusli membuat kejutan untuk Anis Sofea apabila menghubungi pelakon tersebut.

Menerusi laman sosial Instagram, Anis atau nama sebenarnya Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 19, berkongsi babak kejutan tersebut untuk tatapan umum.

“Surprise from my sayang @haqiemrusli98_. Gembira tak terkata dapat video call dengan my favorite kak @haniszalikha dan abang @hairulazreen,” tulis Anis di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian berdurasi lebih satu minit itu, Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli, 23, membuat panggilan video untuk Anis bercakap dengan Hanis sendiri.

Anis kelihatan terkejut dan hampir menitiskan air mata di saat Haqiem memberikan kejutan tersebut apabila dia melihat Hanis dan Hairul di skrin telefon.

A post shared by ???? ????? (@sofeaaaaz)


Malah, Hanis turut meninggalkan komen ucapan selamat pengantin baru di ruangan video Anis.

Bukan sahaja Hanis, ramai wargamaya yang turut berkongsi rasa teruja melihat Anis akhirnya bertemu dengan ‘kembar’nya.

“Alolo finally dapat VC dengan twin dia. Hanis + Anis,” komen seorang wargamaya.

Love both, Hanis Zalikha Anis Sofea. Same name, same face,” ujar seorang wargamaya.

Style Sofea semua macam Hanis. Fav rupanya,” tulis seorang wargamaya.

Aww so sweet Haqiem buat surprise untuk Sofea. So lucky gurl,” puji seorang wargamaya.

Please take photo all of you. Mesti gempak habis. So sweet la Akem. Suka Sofea,” kata seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 400,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Sekadar info, Haqiem sah bergelar suami kepada Anis dalam sebuah majlis di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya pada 19 November yang lalu.

Haqiem menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran berjumlah RM100,000 kepada Anis.