Laman Utama

Teruja Nak Dapat Adik, Aksi Anak Fizo Omar Cium Perut Ibu Baru Tarik Perhatian - “Pandai Maryam, Kasihnya Kakak”

gempak
Azwa Rahman
08/04/2022
03:46 MYT
Sponsor Banner
Teruja Nak Dapat Adik, Aksi Anak Fizo Omar Cium Perut Ibu Baru Tarik Perhatian  - “Pandai Maryam, Kasihnya Kakak”
Anak perempuan kepada bekas pasangan Fizo Omar dan Mawar Karim, Wan Maryam nampaknya sudah tidak sabar untuk menerima kehadiran seorang adik tidak lama lagi.
Menerusi platform TikTok, isteri Fizo, Fazeera Nazri berkongsi sebuah video menunjukkan gelagat Maryam yang asyik mencium kandungannya yang semakin membesar.
“Maryam teruja untuk baby yang bakal keluar,” tulis Fazeera di dalam videonya.
Menerusi perkongsian berdurasi kurang 15 saat itu menunjukkan Maryam memeluk kandungan ibu tirinya sambil tidak henti-henti mencium perut wanita itu sebagai tanda kasih sayang pada bayi di dalam kandungan.
@fazeeranazriaz
♬ original sound - hariez
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya sebak melihat kelakuan Maryam yang tidak sabar menanti kehadiran ahli keluarga baharu.
Malah, kasih sayang yang ditonjolkan oleh Fazeera kepada Maryam juga mendapat pujian ramai.
“@Ibu Neesa:nampak muka Yam ikhlas buat sesuatu..bukan paksaan.”
“@Milo-ais 2.50:Walaupun bukan anak kandung , tapi nampak dia sayang Mariam.”
“@Anak abah:Makin lama nampak mariam iras-iras kak fazeera..semoga baby dalam kandungan sihat selalu.”
“@Ayda Yanie:pandai Maryam sayang adik dia.. kasihnya kakak.”
“@Nur Zurairah Zaki:sangat penyayang layan Yam macam anak sendiri, moga kekal sayang sampai besar....jaga diri ibu mengandung yer.”
“@OrgUmh Gerrard:Mesti abe Joe pon selalu macam tu.. Maryam pon buat jugak.. Happy family.”
“@Z A Z A:Alolo tak sabar ye nak tunggu adik keluar comel je Maryam.”
Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah menerima hampir satu juta tontonan dalam masa 15 jam video dimuat naik.
Sekadar info, Fizo bertemu jodoh kali kedua dengan Fazeera dan bernikah pada 21 Oktober tahun lalu dalam satu majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Terdahulu, Fizo pernah berkahwin dengan usahawan Mawar Karim pada 2013 dan bercerai pada Julai 2019.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan Wan Maryam, kini berusia lima tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live