Hiburan
Teruja Nama Sama, Hishammuddin Hussien Beri Hadiah Tag Nama Pada Pegawai Keselamatan
Menteri Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mencuri perhatian wargamaya apabila menghadiahkan tag nama miliknya kepada seorang pegawai keselamatan yang memiliki nama yang sama.
Menerusi laman sosial Twitter dan Instagram, Hishammuddin berkongsi sebuah video pemberian tag nama tersebut untuk tatapan umum.
“Terserempak dengan pegawai keselamatan nama Hisammuddin kat Parlimen tadi jadi saya pun hadiahkan nametag "Hisham" milik saya kepada beliau.
“Terima kasih Hisammuddin, semoga dipermudahkan urusan dalam menjalankan tugas!” tulis beliau sebagai kapsyen video.
Menerusi perkongsian video berdurasi 19 saat itu, dilihat Hishammuddin menyemat tag nama ‘Hisham’ di dada pegawai keselamatan tersebut sambil berdiri bangga.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargmaya memuji tindakan menteri itu dalam memberikan penghargaan kepada petugas Parlimen Malaysia itu.
“Terbaiklah Datuk. Semoga awak diberikan kesihatan yang baik dan Allah permudahkan,” puji seorang wargamaya.
“Cute la sir, saya tengok tanpa henti dan tersenyum sendirian,” komen seorang wargamaya.
“Sporting betul Datuk punya gelak. Bukan senang nak dapat hadiah daripada menteri. Walaupun tag nama je, sangat berharga,” kata seorang wargamaya.
“Walaupun hanya tag nama tersemat di dadanya, tapi saya yakin pegawai keselamatan tersebut akan berasa seperti mendapat medal,” tulis seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 160,000 tontonan dan 8,000 tanda suka daripada warga Twitter.
Must-Watch Video