,
Laman Utama

Teruk Dikutuk Hingga Libatkan Body Shaming, Management Leona Tak Teragak-Agak Ambil Tindakan Jika…

Izwan Isa
06/12/2023
02:55 MYT
Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas XENO Entertainment, Prashan Chitty memberitahu yang pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap netizen yang sering meninggalkan komen-komen berbaur negatif terhadap pempengaruh naungan mereka, Kasih Iris Leona.
Menurut Prashan, isu berkenaan Leona menerima kecaman bukanlah satu perkara baharu. Katanya, hal ini telah terjadi sejak sekian lama. Cuma, Prashan berkata, kritikan dan kutukan yang diterima oleh Leona baru-baru ini kelihatan sedikit kasar.

BERITA TRENDING: Netizen Mengucap, Terkejut Baju Leona Hampir Terlondeh Ketika Menari - “Jangan Macam Ni Ingatlah..."

“Benda ni kita dah lama berbincang dengan Leona. Ia bukanlah satu hal yang baharu. Cuma apa yang dia terima baru-baru ni agak kasar sedikit.
“Mental Leona ni dah kuat sebenarnya. Dia tak kisah pun dengan kritikan yang diterima. Malah, komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen juga dia tak baca. Sebab dia hidup dalam dunia dia sendiri. “Jadi buat masa ini, pihak kami tidak terfikir pun untuk ambil sebarang tindakan terhadap netizen yang memberikan kutukan. Tetapi, kalau benda ini jadi lebih teruk, dan menjejaskan mental Leona serta keluarganya, kita akan start ambil tindakan yang sewajarnya,” ujar Prashan kepada Gempak.
Terdahulu, Leona sekali lagi dikritik kerana menari sambil mengenakan pakaian yang seksi. Menerusi kritikan yang diterima, ada yang mendakwa bntuk fizikal Leona kelihatan seperti seorang wanita yang sudah memiliki anak seramai lima orang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Sedia Berkahwin Lepas Tamat Pengajian, Leona Mahu Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa - "Saya Hanya Nak Menjadi Seorang Ibu"

gempak
21/08/2024
13:25 MYT
Pempengaruh dan anak kepada pelakon, Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona, mendedahkan hasratnya untuk bergelar suri rumah tangga dan ibu sepenuh masa.
Hiburan

Letak ‘Standard’ Tinggi Terhadap Lelaki, Leona Sukar Cari Jodoh - “Gigi Kena Teratur, Rupa Saya Tak Kisah Sebab Kebanyakkan Bekas Kekasih Bukanlah Kacak”

gempak
12/08/2024
02:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona mengakui disebabkan dia meletakkan ‘standard’ yang tinggi terhadap seseorang lelaki telah menyukarnya untuk mencari pasanganh hidup.
Hiburan

“Sebelum Sembahyang Subuh, I Terfikir Nak Batalkan Perkahwinan” - Azhar Sulaiman

gempak
24/06/2024
02:55 MYT
Pelakon Azhar Sulaiman mendedahkan dia pernah hampir nak membatalkan majlis perkahwinan dengan isterinya Chempaka Emalin Pahamin.
Viral

Leona Dah Buat ‘Check Up’, Rasa ‘Annoying’ Netizen Asyik Cakap Fasal Tiroid - “Yang Tebal Itu Adalah Lemak, Saya Tak Sakit!”

gempak
19/06/2024
01:55 MYT
Kerap menerima pertanyaan yang sama, pempengaruh media sosial Kasih Iris Leona memberi amaran terakhir kepada netizen agar tidak lagi bercakap mengenai bentuk lehernya yang didakwa menghidap penyakit tiroid.
Hiburan

Azhar Sulaiman Nafi Tumpang Populariti Kasih Iris Leona - “Itu Cara Saya Menegur Dalam Bentuk Jenaka”

gempak
23/04/2024
00:55 MYT
Masing-masing ada cara tersendiri.
Unitar