HIBURAN
Teruk Kena Kutuk, Syahrini Jawab Tentang Kehadiran Di Festival Filem Cannes
Artis Syahrini telah menjadi pusat perhatian peminat Indonesia selepas tiba-tiba ‘muncul’ dan menerima pengiktirafan di Festival Filem Cannes 2025, minggu lalu.
Meski sudah lebih tujuh hari berlalu, masih ramai yang mempersoalkan tentang kehadiran dan kelayakan Syahrini hadir di festival tersebut. Sementelah Syahrini adalah seorang penyanyi sementara Festival Filem Cannes diketahui sebagai medan ‘perhimpunan’ para aktres dan aktor tersohor seluruh dunia.
Tidak berdiam diri, Syahrini memberi jawapan singkat mengenai kehadirannya di festival berprestij itu.
“Cannes bukan sekadar sekadar festival filem, ini adalah perayaan seni dan keindahan,” tulis Syahrini dalam bahasa Inggeris, seperti dilaporkan Kompas.
Kehadiran isteri Reino Barack itu di festival yang berlangsung di Perancis itu memang penuh sensasi. Selain penampilannya menjadi buah mulut, pengakuan Syahrini mendapat penghargaan yang diberikan oleh (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization), UNESCO saat menghadiri Cannes 2025 telah menimbulkan kontroversi selepas organisasi tersebut menafikan dakwaan itu.
Ibu kepada satu anak itu sebaliknya hanya diberi penghargaan oleh United Society Council (USC), sebuah organisasi bebas yang mendakwa berfokus pada pemberdayaan perempuan, promosi kesetaraan gender dan perayaan prestasi individu di berbagai bidang.
Must-Watch Video