Jam tangan pintar mendapat tempat di dunia teknologi pintar dan jumlah pengguna yang mencari jam tangan ini dilihat semakin meningkat.

Teknologi ini bukan sahaja berfungsi sebagai jam malah ia lebih kepada pembantu peribadi yang memudahkan segala urusan keperluan pengguna.

OPPO telah menjalani penyelidikan dan perkembangan yang memakan masa dalam meneliti setiap peranan dalam mencipta sebuah jam tangan pintar yang memberikan pengguna pengalaman luar biasa.

Menggalakkan pengguna merasai sendiri pengalaman saling berhubung dalam suasana yang sentiasa bergerak pantas, OPPO telah memperkenalkan OPPO Watch Series yang didatangi dengan WearOS by Google yang memberikan banyak kelebihan kepada kita yang menggunakan akaun Google untuk kebanyakan aplikasi.



1. Menggunakan Wear OS oleh Google, akses mudah kepada pelbagai aplikasi

OPPO Watch Series dikuasakan oleh Wear OS oleh Google. Menerusi sistem itu, OPPO Watch mempunyai akses ke atas aplikasi dan perkhidmatan Google serta lebih 4000 app bagi penggunaan Play Store untuk Wear OS oleh Google. Anda juga boleh menggunakan Google Reminder, Notes malah boleh mengawal PowerPoint menggunakan telefon sahaja.


Fungsi OPPO Watch merangkumi pesanan, streaming muzik dalam perjalanan, akses ke Google Translate, peringatan dan banyak lagi kemudahan terbaik. Wear OS juga memberikan akses ke Google Assistant dan melakukan pembayaran tanpa sentuhan melalui NFC.

Pengguna tidak perlu lagi bimbang tidak mempunyai telefon pintar kerana OPPO Watch seentiasa berada di sisi anda. Pengguna OPPO Watch Series juga merasa senang kerana sistem yang digunakan adalah berdasarkan sistem operasi WearOS by Google, senang menjawab panggilan terus dengan OPPO Watch atau balas pesanan di WhatsApp dan WeChat.



2. Jam pintar pertama di dunia menggunakan skrin lengkung dwi fleksibel

Mencipta paparan lengkung dwi fleksibel 3D pertama di dunia, OPPO Watch menggunakan paparan utama yang biasanya digunakan pada telefon pintar. Jam tangan Android pertama yang berbentuk petak ini mempunyai permukaan melengkung yang halus dengan visual yang lebih besar.

Malah, anda boleh melihat pelbagai kandungan di dalam Wear OS by Google dengan lebih jelas dan mudah. Dengan hasil teknologi AMOLED, paparan OPPO Watch 1.91 inci meliputi 100% gamut warna DCI-P3 dengan paparan Always-On.

Dengan melalui 19 langkah di dalam proses menggilap, OPPO Watch memastikan ikatan yang lancar antara kristal kaca 3D dan paparan melengkung, tanpa rabung atau celah. Pengguna akan merasa jam tangan di tangan terletak sempurna.



3. Lebih berkuasa

Menggunakan Sistem Daya Tahan Chip OPPO tersendiri, OPPO Watch Series ini akan mudah bertukar antara dua pemprosesannya iaitu mod pintar cip Qualcomm Snapdragon dan mod penjimat kuasa Apollo3. Dengan mod Pintar, pengguna akan merasai pengalaman Wear OS by Google yang komprehensif dengan jangka hayat bateri sehingga 36 jam dengan pengisian penuh.

Untuk mod Power Saver, pengguna masih boleh menggunakan fungsi jam tangan asas iaitu masa paparan, pengiraan langkah, pengesanan degupan jantung dan pemberitahuan penerimaan dengan jangka hayat bateri yang mampu bertahan selama 21 hari dengan pengisian penuh.

OPPO Watch dikuasakan oleh Pengecasan Kilat VOOC OPPO Watch, satu teknologi baru yang membolehkan pengecasan dengan cara yang cepat dan selamat. Pengisian penuh memerlukan masa sekitar 75 minit sementara penggunaan sehari boleh dilakukan dengan hanya 15 minit pengecasan.




4. Pelbagai warna dan rupa untuk dipilih.

OPPO Watch Series menggunakan bingkai aloi aluminium tahan karat yang sangat berkualiti, dengan fungsi penyingkiran tali satu butang untuk menjadikan proses menukar tali sangat mudah. Pengguna bukan sahaja dapat memilih pelbagai tali, tetapi juga keseluruhan rupa jam tangan.



Dengan menggunakan aplikasi kesihatan HeyTap, pengguna OPPO Watch dapat mengakses mana-mana rupa jam tangan dengan mudah sebelum dipasang. Pengguna juga boleh mengambil foto OOTD dan OPPO Watch akan menghasilkan penampilan yang unik mengikut warna dan tekstur.




5. Rakan bersenam anda.

OPPO Watch dilengkapi lima sensor senaman dan juga sistem navigasi GPS + GLONASS yang mampu mengesan laluan senaman pemakai dengan tepat, mengukur kadar denyutan jantung, kalori yang dibakar dan banyak lagi.

Selain daripada 90+ latihan yang terdapat di dalam Google Fit, OPPO membina lima mod latihan yang unik iaitu Fitness Run, Fat Burn Run, Outdoor Walk, Outdoor Cycling, dan Swimming di mana panduan juga diberikan sebagai tambahan kepada penjejakan data latihan asas.



Bagi pengguna yang sibuk, OPPO Watch dibina dengan aplikasi 5-Min Workout yang menyediakan video pembelajaran dengan panduan suara yang membolehkan pengguna melakukan program kecergasan walaupun dalam tempoh waktu yang singkat. OPPO Watch (46mm) juga dilengkapi ketahanan air 5ATM yang membolehkan pengguna melakukan lebih banyak aktiviti di dalam air atau di darat.

Jangan tunggu lagi, segera dapatkan OPPO Watch Series di cawangan berdekatan anda untuk menikmati pelbagai kelebihan ini.

Jam OPPO 46mm hadir dalam dua warna iaitu hitam dan emas berkilau pada harga RM1,299 dan 41mm mempunyai dua warna hitam dan emas pink yang berharga RM899. Dapatkan jam OPPO di kedai jenama OPPO, kedai online rasmi OPPO, rakan e-niaga, kedai pengedar rasmi OPPO dan rangkaian kedai rakan niaga di sini.

Turut dilancarkan OPPO Find X2 Pro Green Vegan Leather Edition, ia ditawarkan sekali bersama-sama jam OPPO 46mm dengan ekstra trap.
Peranti OPPO Find X2 Pr dilengkapi dengan skrin QHD + AMOLED dan menyokong kadar penyegaran 120Hz, menjadikannya salah satu paparan berkualiti tinggi di pasaran.

Sistem Kamera Ultra Visi membolehkan pengalaman fotografi yang serba boleh dan maju. Platform Mudah Alih Qualcomm Snapdragon 865 dan Sistem Modem-RF Qualcomm Snapdragon X55 5G, digabungkan dengan cas kilat 65W SuperVOOC 2.0 memberikan anda salah satu prestasi terbaik dalam telefon pintar. Dapatkan segera di sini.