Terus Cegah COVID-19, UK Larang Pasangan Berlainan Rumah Lakukan Hubungan Intim

Asraf Aided
Jun 2, 2020 06:05 MYT

Bagi untuk terus mencegah penularan wabak COVID-19, United Kingdom (UK) telah mengeluarkan garis panduan terbaharu tidak membenarkan pasangan yang tinggal berlainan rumah untuk melakukan hubungan intim.

Memetik laporan Metro UK, kerajaan UK telah membentangkan peraturan itu semalam.

Peraturan itu menyatakan,

"Tiada siapa yang dibenarkan untuk menyertai mana-mana perhimpunan tidak kira di tempat awam, mahupun di kawasan hak milik sendiri yang melibatkan dua orang atau lebih"

Sehingga hari ini, kelakuan masuk ke rumah orang lain masih dianggap satu kesalahan di UK dan pesalah boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Peraturan sebelum ini tidak menyebut tentang larangan berjumpa di kawasan persendirian.

Walaubagaimanapun, UK membenarkan perjumpaan di kawasan persendirian jika seseorang itu mengemukakan alasan munasabah.

Untuk perkembangan COVID-19 di Malaysia, jumlah kes terbaru adalah sebanyak 38 setakat semalam.

26 dari jumlah itu adalah kes import, jumlah kes tempatan pula adalah sebanyak 12 pesakit, enam kes bukan warganegara serta enam kes lagi dari kalangan warganegara.

Sumber : Metro UK, Instagram KKM

#United Kingdom #COVID-19