Hiburan
Terus Hangat Di Pawagam, Ola Bola Kutip RM14.5 Juta Dalam 29 Hari
Filem Ola Bola terbitan Astro Shaw arahan Chiu Keng Guan berjaya mencatat kutipan box-office RM14.5 juta selepas memasuki hari ke-29 tayangan.
Maklumbalas positif serta kutipan yang memberangsangkan ini didorong oleh reaksi baik penggemar filem yang telah menontonnya sejak 28 Januari 2016 lalu selain daripada rangka promosi yang masih giat berjalan sehingga kini.
Filem ini ternyata memberikan impak besar di laman-laman sosial apabila pengguna memperkatakan mengenai filem Ola Bola.
Berlatarbelakangkan era 1980-an, Ola Bola merupakan kisah kejayaan tentang keberanian dan semangat bersatu yang memberi inspirasi kepada barisan pemain bola sepak Malaysia untuk bangkit dari kekecewaan dan muncul menjadi wira negara.
Kisah yang diilhamkan dari peristiwa sebenar ini bukan sahaja memaparkan semangat juang dan maruah pasukan bola sepak negara, tetapi juga menyaksikan kepayahan dan kesungguhan barisan pemain mengatasi masalah peribadi dan juga yang berkaitan dengan pasukan.
Filem ini juga mendalami kehidupan seharian dan memaparkan semangat waja yang tidak kenal erti putus asa walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran.
Dibarisi pelakon Bront Palarae, filem ini turut menampilkan bakat baru seperti JC Chee, Luqman Hafidz, Eric Teng, Bront Palarae dan Saran Kumar yang membantu menghidupkan lagi jalan cerita.
Untuk mengikuti info terkini tentang OlaBola, sila layari www.olabola.com.my, www.olabola.tv, www.youtube.com/astroshaw, www.facebook.com/astroshaw dan www.instagram.com/astroshaw.
Jangan lupa saksikan filem Ola Bola di pawagam berdekatan dengan anda sekarang!
Must-Watch Video