Penceramah dan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew sememangnya dikenali sebagai seorang yang bersikap romantis terhadap isterinya.

Terbaru, Ebit telah menyarungkan cincin buat isterinya semasa pembukaan Elewsmart cawangan Sri Gombak Semalam.

"Rindu bidadari, rindu sangat, hadiahkan dan sarungkan cincin masa pembukaan Elewsmart Sri Gombak semalam.

"Terus hilang semua penat, macam baru mula hari ini, nikmatnya saat ada yang menemani hidup ini, bidadari di dunia bidadari di syurga, Insya-Allah," kongsi Ebit menerusi Instagram.

Dalam pada itu, Ebit turut mendedikasikan rasa cinta dan penghargaan terhadap isterinya itu.

"Macam pengantin baru bila sarungkan cincin, I love you bidadari sayang, terima kasih selalu ada dan mendoakan, terima kasih tolong jaga anak-anak kita," tulisnya lagi.

Perkongsian itu semestinya mengundang reaksi positif dari para pengikut Ebit.

Rata-rata mereka mendoakan kebahagiaan rumah tangganya agar bahagia hingga ke Jannah.

Rindu bidadari. Rindu sangat. Hadiahkan dan sarungkan cincin masa pembukaan @elewsmart sri gombak semalam. Terus hilang semua penat letih. Macam baru mula hari. Nikmatnya saat ada yang menemani hidup ini. Bidadari di dunia bidadari di syurga insyaAllah. Macam pengantin baru bila sarungkan cincin. I love you bidadari sayang. Terima kasih selalu ada dan mendoakan. Terima kasih tolong jaga anak-anak kita. Terima kasih prima sri gombak. Penuh semalam sampai dah nak tutup 10malam masih ramai orang. Doakan hari ini opening di kl traders square jalan gombak. Semoga menjadi asbab kebaikan-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on


Sekadar info, Ebit dan isterinya mempunyai empat orang cahaya mata.