Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Terus Jalin Hubungan Dengan Teman Lelaki Curang, Khloe Kardashian Digelar Hipokrit

Amri Hassan
26/06/2018 10:17 MYT
Personaliti terkenal Hollywood, Khloe Kardashian membuat keputusan untuk meneruskan hubungan bersama teman lelakinya, Tristan Thompson.

Keputusan Khloe mengundang perhatian netizen kerana baru baru ini, tular kisah curang Tristan terhadap dirinya.

Lebih menggemparkan, kelakuan curang teman lelakinya itu diketahui beberapa minggu sebelum kelahiran pertama bayi mereka.

Khloe memberi respon kepada seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama Queen Persia yang menyatakan kekecewaannya terhadap keputusan personaliti itu dan menggelarnya hipokrit.

Menurut Khloe, individu tersebut tidak tahu apa apa mengenai perihal perhubungan antaranya dan Tristan.

Khloe juga menyatakan bahawa dirinya amat berbangga dengan kekuatan dirinya untuk membuat keputusan sebegitu.  

Teks : Asraf Aided
Sumber : foxnews.com
#Hollywood #Hollywood #Tular #personaliti