gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Macam Mana Pun Saya Tetap Akan Ceraikan Dia” - Suami Zehra Zambri
HIBURAN
Ibu Anna Jobling Dakwa Ada ‘Plot Twist’, Jadi Panik & Menggigil Bila Terkurung Dalam Kereta - “Saya Cuba Buka Semua Pintu Tapi…”
HIBURAN
Ajai Puji Nadeera Zaini Suara Merdu, Lamar Duet Lagu Baharu - "Seorang Insan Seni Yang ..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

“Terus Kuat… Kebenaran Akan Sentiasa Menang” – Peguam Anna Jobling

Umirah Halim
Umirah Halim
13/08/2025
02:55 MYT
Sponsor Banner
“Terus Kuat… Kebenaran Akan Sentiasa Menang” – Peguam Anna Jobling
Peguam kepada pelakon popular, Anna Jobling, Wan Nurliyana Abdul Rahman tampil memberi penjelasan mengenai prosedur undang-undang untuk mendapatkan Injunksi Prohibitori dan Perintah Perlindungan Interim (IPO) selepas timbul dakwaan kononnya pelakon itu bertindak kejam terhadap ibunya, Ariz Arop.
Menurut Nurliyana, Injunksi Prohibitori bukanlah sesuatu yang mudah diperoleh kerana ia memerlukan bukti kukuh dan pertimbangan teliti daripada Mahkamah. “Untuk berjaya, anda perlu membuktikan bahawa terdapat persoalan serius untuk dibicarakan, gantirugi tidak akan menjadi remedi yang mencukupi, dan keseimbangan kemudahan memihak kepada pemberian injunksi.
“Jika seseorang memperoleh injunksi prohibitori, ini bermakna Mahkamah berpuas hati bahawa kes mereka cukup kukuh untuk menghentikan tindakan pihak lawan sebelum perbicaraan,” jelasnya.
Tambahnya lagi, jika seseorang diberikan kedua-dua perintah iaitu injunksi prohibitori dan IPO, ia menandakan Mahkamah yakin terdapat keperluan mendesak untuk melindungi hak serta keselamatan individu tersebut dengan segera.
Dalam pada itu, Nurliyana turut menerangkan bahawa IPO adalah perintah sementara di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 yang bertujuan melindungi mangsa daripada sebarang ancaman, gangguan, atau kekerasan sebelum perbicaraan penuh selesai.
“IPO ini boleh dikeluarkan dengan cepat dan boleh disertakan syarat tambahan seperti larangan mendekati anak atau memusnahkan harta mangsa,” katanya.
Dalam hantaran di media sosial, Nurliyana turut berkongsi gambar bersama Anna di hadapan Pusat Mediasi, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 25 Mac lalu.
“Dear Anna, we all know what was done to you, and we all know what you went through. Stay strong… we love you. The truth will always prevail,” tulisnya.
Terdahulu, kemelut hubungan antara Anna dan ibunya menjadi perhatian selepas tular rakaman video Ariz mendakwa dirinya dilayan hina, termasuk digelar seperti ‘anjing kurap’ serta diminta keluar dari kereta oleh peguam anaknya.
Pada Ahad lalu, Ariz turut memuat naik gambar berada di balai polis, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi netizen. Difahamkan, wanita itu mendakwa Anna tergamak memohon perintah injunksi terhadapnya.
Topic Berkaitan
#Anna
#Kuat
#Jobling
#ariz alop
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement