Terus Membara! 3 Minggu Tayangan, BoBoiBoy Movie 2 Raih RM25 Juta

Hanafis Haris
Ogos 26, 2019 08:33 MYT
Filem animasi BoBoiBoy Movie 2 (BBBM2) terus meraih pencapaian membanggakan apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM25 juta selepas tiga minggu ditayangkan di pawagam.
Berita gembira ini dikongsikan menerusi platform media sosial Astro Shaw sebentar tadi.
"RM25 Juta! Terima kasih atas sokongan anda yang tidak putus-putus.
"Sudah tiga minggu, fenomena BoBoiBoy masih membara dan tayangan masih kuat di 141 buah pawagam di seluruh negara" tulis pengendali akaun terbabit.
Terdahulu, BBBM2 berjaya meraih kutipan mencecah RM21 juta selepas 11 hari ditayangkan di pawagam.
Sebelum itu pula, BBBM2 berjaya meraih kutipan mencecah RM15.8 juta selepas hanya lapan hari tayangan.
Difahamkan filem pertama BoBoiBoy terdahulu mengambil masa 56 hari untuk mencapai kutipan RM15.8 juta, berbeza dengan filem kali ini yang memerlukan masa hanya lapan hari sahaja. Hebat!
Jadi, apa tunggu lagi? Kepada anda yang masih belum mendapatkan tiket, serang panggung berdekatan dan dapatkan sekarang!
BACA: Wow! 11 Hari Tayangan, BoBoiBoy Movie 2 Raih RM21 Juta!
BACA: Power Weh! BoBoiBoy Movie 2 Dah Dapat RM15.8 juta Lepas 8 Hari Tayangan!