Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Terus Terang Saya Rasa..." - Ini Reaksi Aishah Sinclair Lepas Dengar Lagu Baru BCL

Asraf Aided 22/07/2020 | 10:27 MYT
Baru-baru ini, penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) telah melancarkan single terbaru yang didedikasikan khas buat arwah suaminya, Ashraf Sinclair berjudul 12 Tahun Terindah.
Ekoran itu, Gempak telah menghubungi adik iparnya, Aishah Sinclair untuk mendapatkan sedikit komen dan pendapat tentang lagu tersebut.
Menurut Aishah, dia dan ahli keluarga berasa sangat sebak ketika pertama kali mendengar lagu berkenaan.
"Sebenarnya, sebelum BCL rakamkan lagu ini, dia ada berkongsi kepada kami versi potongan asal sebelum proses rakaman.
"Sebaik sahaja mendengarnya, saya dan ahli keluarga berasa sangat sebak, apatah lagi sekarang muzik videonya pula sudah siap, ia lagi menambah kepiluan kerana kita dapat menyaksikan visual dan gambaran tentang apa yang mahu disampaikan," katanya.
Sebagai adik ipar, Aishah berasa bangga dengan semangat dan ketabahan BCL mengharungi detik duka dalam hidupnya.
"Sebagai adik kepada Ashraf, terus terang saya berasa bangga dengan BCL, ini merupakan perkembangan yang baik untuk dirinya.
"Dari mata kami sebagai ahli keluarga, dia merupakan wanita yang sangat kuat untuk berhadapan ujian sebegini dalam hidupnya," katanya lagi.
Terdahulu, Ashraf Sinclair dilaporkan meninggal dunia pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.
Al-Fatihah buat Allahyarham.
BACA : Ashraf Sinclair Meninggal Dunia Kerana Serangan Jantung
#Ashraf Sinclair #Aishah Sinclair #BCL
;