Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Terus Teringat Ayah…” - Filem On Your Mark Sarat Emosi, Buat Netizen Terkenang Bapa Di Kampung

Azwa Rahman
02/09/2021 08:49 MYT
Filem pecah panggung di negara China pada tahun ini, On Your Mark telah menemui penonton Malaysia bermula 26 Ogos.

Hasil garapan pengarah tersohor Chiu Keng Guan ini memberi penghormatan kepada bapa-bapa seluruh dunia yang cekal, berhati waja dan sanggup berkorban apa sahaja demi keluarga mereka.

Di laman sosial Twitter, seorang wargamaya meluahkan kerinduannya pada bapa tersayang selepas menonton filem penuh emosi ini. 

“Baru lepas tengok filem On Your Mark dekat Astro First. Best juga. 

“Cerita simple tapi part ayah dan anak tu memang rasa sampai ke hati..Terus teringat ayah, dah lama tak jumpa, sayang ayah,” tulis wargamaya tersebut menerusi satu ciapan. 

Selain hubungan erat ayah dan anak, On Your Mark turut mengangkat salah satu sukan yang popular di dunia, larian maraton. 

On Your Mark dibintangi pelakon hebat China seperti Wang Yanhui, Zhang Youhao, Gong Beibi, Zhao Liang, Li Yu, Liu Jinshan dan penampilan istimewa oleh pelakon filem The Last Tycoon, Feng Wenjuan.

Filem ini mengisahkan seorang anak muda, Xiao Erdong bercita-cita untuk menjadi pelari maraton seperti ibunya. 

Cita-citanya dihalang oleh ayahnya Xiao Daming kerana tidak mahu melihat anaknya kecewa mengenangkan Xiao Erdong berkemungkinan mewarisi sindrom buta seperti ibunya yang telah meninggal dunia. 

Namun, sewaktu berlatih secara sembunyi, Xiao Erdong telah terjatuh dan mimpi ngeri ayahnya menjadi kenyataan apabila Xio Erdong disahkan buta.

Saksikan filem hebat On Your Mark yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 26 Ogos 2021. 

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. 

#Chiu Keng Guan #On Your Mark #Filam Maraton