Selain menyaksikan bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019) beraksi setiap minggu, kemunculan Ketua Pegawai Eksekutif Farm Fresh Sdn Bhd, Azmi Zainal juga antara yang paling dinanti-nantikan.

Dengan tagline 'ini barulah susu segar' penampilan Azmi telah mencetuskan fenomena, malah dia kini telah sinonim dengan gelaran 'boss susu'.

Namun begitu, GV2019 telah pun berakhir dan adakah kemungkinan kita akan melihat 'boss susu' kembali pada GV tahun hadapan?

Berita baik buat semua, Azmi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Farm Fresh berbesar hati dan bersedia untuk sekali lagi menaja GV pada musim akan datang.

"Farm Fresh dan saya, kami berbesar hati untuk menaja program realiti terbaik Malaysia Gegar Vaganza.

"Kita tengok sejauh mana Farm Fresh dan Gegar Vaganza boleh pergi tahun depan," katanya.

Tambah Azmi, dia juga akan meneruskan nilai-nilai murni dan tidak akan membawa 'gimik plastik'.

"Kalau viral sampai berjuta-juta orang tengok tapi benda yang tak elok buat apa. Kita mahu bawa contoh yang baik untuk golongan muda supaya Malaysia lebih harmoni," katanya.

Azmi berkata demikian ketika ditemui pada konsert ‘Picnic In The Farm’ berlangsung dengan meriah di Ladang 16, Universiti Putra Malaysia (UPM),
semalam.

Konsert berkenaan diserikan dengan persembahan daripada juara GV6, Hady Mirza dan Naqiu Boboy serta beberapa bintang lain termasuk One Nation Emcees, Nurfatimah, Jatt, Sham Visa, Wann dan Noorshila Amin.

Tidak ketinggalan juara Big Stage 2019, Hanbyul.

BACA: Bikin Konsert ‘Picnic In The Farm’ Sebelah Ladang Lembu, Farm Fresh Cipta Sejarah Tersendiri!