Laman Utama
Teruskan Usaha Dana PKP Tahun Lalu, Siti Nurhaliza Lancar Tabung Bantuan Khas Palestin & Covid-19 Pula
Penyanyi popular Datuk Seri Siti Nurhaliza semalam, telah melancarkan Tabung Bantuan Khas Palestin & Covid-19.
Siti berkata, usaha tersebut dilakaukan sebagai kesinambungan dan meneruskan usaha Dana PKP Siti Nurhaliza pada tahun lalu.
“Dan kini dengan nama tabung baharu untuk bantuan khas dilancarkan Tabung Bantuan Khas Palestin dan Covid-19, Yayasan Nurjiwa & CTDK Holdings.
“Apa jua usaha yang saya, suami, anda dan kita semua lakukan, saya yakin niat dan fokus adalah sama dan tidak ada lain kerana Allah S.W.T dan Dia Maha Mengetahui.
“Apa yang kita usahakan adalah dari niat dan keikhlasan dan tiada apa-apa kepentingan peribadi,” katanya yang berkongsi perkara tersebut di laman sosial Instagram (IG).
Tabung dengan kerjasama platform Kita Fund itu dilancarkan tepat jam 12 tengahari Sabtu.
Menurut Siti, bantuan khas terbabit bertujuan bagi mengumpul dana untuk beberapa tujuan khusus seperti isu palestin, Covid-19 dan bantuan-bantuan lain.
Antaranya memberi bantuan kecemasan, kebajikan, kemanusiaan dan pembangunan kepada rakyat Palestin.
Bantuan Khas juga akan diberikan kepada barisan hadapan dan pesakit-pesakit Covid-19 dan keluarga mereka yang menghadapi masalah dan kesukaran hidup.
Lain-lain bantuan yang akan diberikan merangkumi bantuan kebajikan dan keperluan semasa.