VIRAL

"Teruslah Membenciku Wahai Dunia" - Kieda Crepe Kongsi Luahan Hati Lagi, Janji Terus Lindungi Ibu

Amri Hassan 25/06/2025 | 04:25 MYT
Usahawan sensasi Kieda Crepe sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila memuat naik satu hantaran di Instagram Story baru-baru ini.

Kieda dalam hantara itu dilihat sedang memeluk ibu tercinta sambil memegang sejambak bunga gubahan mewah berwarna merah dan hitam.

Menerusi kapsyen yang disertakan bersama foto tersebut, Kieda seolah-olah meluahkan tekanan yang dihadapi berikutan pelbagai kontroversi dan kecaman yang melanda dirinya sejak kebelakangan ini.

Namun di sebalik segala tohmahan, Kieda tetap menegaskan pendiriannya untuk terus kuat dan menjaga ibu tersayang.

“Teruslah membenciku wahai dunia, aku tiada kuasa untuk buat orang sukakan aku. Hati aku milik Allah. Hidup aku pun milik Allah. Biar Allah sahaja yang aturkan kehidupanku.


"Tapi aku janji selagi aku berdaya, Ibu ku pasti baik-baik sahaja dapat dakapan ku,” tulisnya.



Dalam gambar tersebut, Kieda dilihat mengenakan tudung putih dan senyuman tenang, sementara ibunya yang berpakaian hitam kelihatan menunduk sambil memegang hadiah bunga berlatarkan lagu Ibu (Haddad Alwi).

Luahan itu dipercayai dibuat sebagai respon terhadap gelombang kritikan yang diterima susulan beberapa isu yang tular baru-baru ini, termasuk kandungan media sosial yang dianggap keterlaluan oleh netizen.
#Viral #Netizen #Benci #Kieda Crepe #Herpes #Hilmi Zaki