Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Tetap Ceria! Lihat Bagaimana Keluarga Ini Bermain Tik Tok Walaupun Positif COVID-19!

Hanafis Haris 30/03/2020 | 09:19 MYT
Wabak COVID-19 boleh dianggap antara igauan ngeri masyarakat seluruh dunia ketika ini.
Namun, sekiranya dijangkiti tidak bermakna seseorang itu harus bersedih dan hilang semangat untuk meneruskan hidup.
Ini dapat dibuktikan apabila sebuah keluarga masih mampu tersenyum dan ceria walaupun disahkan positif COVID-19.
Malah, ada diantara mereka yang mengambil peluang untuk menceriakan suasana dengan bermain aplikasi Tik Tok.
Menurut seorang anak daripada keluarga ini, Erika Syamin, mereka berbuat demikian kerana mahu menaikkan semangat antara satu sama lain.
"Walaupun kami positif COVID-19, kami mahu tempuhinya bersama.
"Kesihatan kami setakat ini masih ok. Ini antara video Tik Tok yang kami buat masa di hospital hari tu untuk hiburkan kami sekeluarga," katanya.
Tambah Erika, mereka sekeluarga dijangkiti wabak berkenaan bukan disebabkan menghadiri kenduri di Johor.
"Kami sebaliknya berjangkit disebabkan ayah saya seorang petugas barisan hadapan atau 'frontliners'," katanya.
Posting berkenaan kemudian viral dan setakat ini telah ditonton sebanyak 491,000 kali.
Rata-rata netizen dilihat kagum dengan semangat yang cuba ditonjolkan.
Malah, ramai yang mendoakan supaya mereka sekeluarga pulih sepenuhnya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Viral #Viral #Tik Tok #COVID 19
;