Kecoh di media sosial apabila sebuah video dan gambar memaparkan gelagat sesetengah masyarakat yang didakwa tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika membeli belah.

Menerusi beberapa posting yang tular itu, kelihatan orang ramai sanggup beratur panjang untuk meninjau jualan hari raya yang terletak di Jalan Tar, Kuala Lumpur.

Malah, ada juga video yang memaparkan kepadatan orang ramai di kawasan berkenaan seolah tiada penjarakan fizikal dan pematuhan SOP.

Susulan itu, rata-rata netizen meluah rasa bimbang mereka memandangkan kes COVID-19 di Malaysia semakin meningkat.

Malah, Kuala Lumur dan Selangor masih mencatat angka tertinggi sejak beberapa bulan lalu.

“Weh Selangor KL tinggi kot, dah beramai-ramai shopping ni dah kenapa.”

“Boleh shopping tapi janganlah ramai macam ni, cuba ada jarak sikit.”

“Jenis yang marah pihak berkuasa setiap hari, tapi 2 kali 5 je beratur.”

“Aku harap orang pandang serius hal ni, COVID bukan benda boleh main. Jangan sampai jadi macam India, ramai tak cukup alat oksigen” tulis beberapa netizen.

Sekadar info, semalam sebanyak 2,690 kes baharu COVID-19 direkodkan menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 392,942 kes.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 751 kes (27.9 peratus).

BACA : COVID-19: Lapan Kluster Baharu Termasuk Sektor Pendidikan Dikesan