Perjuangan pasukan bola sepak Morocco atau Maghribi dalam mengejar piala dunia pertama mereka harus terhenti selepas tewas di tangan gergasi Perancis lewat pertarungan di fasa semi final Piala Dunia Qatar 2022.

Morocco tewas 2-0 pada perlawanan tersebut. Namun pasukan yang melakar sejarah menjadi wakil negara Afrika pertama yang masuk semifinal Piala Dunia, sudah pun menang di hati peminat bola sepak.

Masakan tidak, pasukan yang boleh disifatkan underdog ini dengan bergaya telah menumpaskan tim tim besar termasuk Belgium, Sepanyol dan Portugal untuk mara sejauh peringkat semi final.

Untuk itu, pasukan tersebut menuai banyak pujian dan kata kata semangat yang diberikan daripada figura terkenal sehingga peminat dari seluruh dunia.

Media sosial menjadi ‘sibuk’ dengan pelbagai ucap selamat dan apresiasi yang diberikan kepada Morocco, antaranya dari bintang Fabrizio Romano yang menyifatkan pasukan tersebut sebagai luar biasa kerana mencetak sejarah besar di Piala Dunia.

“Tahniah buat pasukan yang sangat luar biasa dan mencetak sejarah besar dalam Piala Dunia,” cuit Romano di Twitternya.


Sementara itu, seorang wartawan terkenal, Dilan Sirwan mengucapkan terima kasih buat Morocco di atas ‘persembahan memukau’ dalam temasya empat tahun sekali itu.

“Morocco, terima kasih atas persembahan memukau, membuat kami jatuh cinta dengan gaya dan kualiti permainan dan bola sepak tidak ada yang sehebat ini,” cuitnya.
Banyak peminat Morocco meski sedih dengan kekalahan tersebut, tetap berbangga. Apalagi saat melihat keseluruhan pasukan tersebut memberi penghormatan kepada mereka sejurus tamat perlawanan.


Selain melakukan sujud, para pemain mengucapkan terima kasih kepada seluruh peminat kerana telah menyokong perjuangan mereka dan membenarkan Morocco mencipta sejarah dalam Piala Dunia.

Tersingkir dengan kekalahan 2-0, final Piala Dunia Qatar 2022 dijangka sengit lewat pertembungan dua pasuka gergasi bola sepak dunia iaitu Perancis menentang Argentina.