Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tewas, Jurulatih Lempang 2 Pemain Bola Tampar Perempuan Bawah 14 Tahun Tular

Maliah Surip
01/01/2023 15:45 MYT
Rakaman seorang jurulatih lelaki menampar dua pemain bola tampar perempuan tahun dalam sebuah pertandingan baru baru ini menjadi tular bukan sahaja menarik perhatian netizen, tetapi golongan menteri dan ahli parlimen.

Hal itu itu kerana jurulatih berkaca mata tersebut dilihat ‘bercakap sesuatu’ sebelum melayangkan tamparan kepada dua pemain dalam kelab dari Melaka, dipercayai bawah 14 tahun.

Menerusi laporan The Vibes, insiden tersebut berlaku sewaktu perlawanan 2022 Malaysia U14 Volleyball Championship yang berlangsung di Johor Bahru pada 16 Disember lalu.

Jurulatih tersebut dipercayai tidak berpuas hati selepas Melaka tumpas merebut tempat ketiga dalam pertembungan kedudukan keempat dan ketiga dengan pasukan dari Johor Bahru.

Pasukan Melaka tewas 16-11 di tangan Johor Bahru walaupun telah memberi saingan sengit dalam perlawanan tersebut.

Selepas video tersebut tular, bukan hanya netizen mengkritik tindakan kurang bijak jurulatih itu, sebaliknya, Menteri Belia & Sukan, Hannah Yeoh tukar melahirkan kekesalannya.

“Ini salah,” cuit Hannah Yeoh menerusi Twitternya, merujuk kepada insiden tersebut.



Dia juga mengatakan telah berbincang dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengenai perkara yang tidak sepatutnya berlaku itu.

Malah mantan Menteri Belia & Sukan, Datuk Seri Faizal Azumu juga mengkritik tindakan yang dilakukan jurulatih tersebut. Dia menyifatkan perlakuan tersebut tidak layak wujud dalam dunia sukan.

“Tidak ada tempat bagi individu dengan sikap seperti ini dalam dunia sukan,” tulisnya.

#Viral #Sukan #Tampar #Bola Tampar #Jurulatih #Pemain
;