Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

“Tewaskan COVID, Perkhidmatan Air Dipertingkatkan & Politik Malaysia Stabil” - Ini Antara Hajat Ulang Tahun Ke-38 Lee Chong Wei

Azwa Rahman
22/10/2020 08:20 MYT
Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menyambut ulang tahun ke-38 dengan serba sederhana di rumah bersama keluarga tercinta.

Menerusi laman sosial Facebook, Chong Wei berkongsi beberapa keping foto sambutan ulang tahunnya bersama isteri, Datin Wong Mew Choo serta dua orang anaknya, Kingston dan Terrance Lee.

Birthday tahun ni agak special. Covid datang lagi. Travelling tak dapat. Badminton tak jadi. Party tak lepas. Air paip kering!

“Tapi mungkin sebab itulah minda tenang, dapat saya betul-betul ambil masa menghargai suara anak-anak ketawa. Senyuman isteri. Sembang nakal dengan Mak. Kebahagiaan hidup simple sebenarnya, kan?” tulis Chong Wei menerusi ruangan kapsyen.



Malah, dia turut berhajat agar bersempena ulang tahun kali ini juga, semua rakyat Malaysia bersatu hati menentang pandemik COVID-19 serta senario politik Malaysia beransur stabil.

“Hajat hari jadi Chong Wei tahun ni, semoga semua kawan-kawan sihat sejahtera, bersabar dan berhappy-happy, bersama-sama kita kasi tewaskan COVID. Biar tamak sikit tahun special ni, semoga perkhimatan bekalan air negara ditingkatkan, dan kestabilan politik negara.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan sempena sambutan ulang tahun kelahiran,” ujarnya lagi.

Tambah istimewa apabila majlis diraikan dengan sebuah kek istimewa replika dirinya, isteri dan dua anak lelakinya.

Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya memberikan ucapan selamat hari lahir pada jaguh badminton negara ini.

Anak tu hasil dari dua jaguh. Semoga akan menjadi player badminton macam datuk jugak, Happy birthday,” kata seorang wargamaya.

Happy Birthday datuk. Semoga panjang umur dan bahagia selalu. Malaysia masih memerlukan datuk lagi. Kalau dapat undur balik umur datuk, kami mesti mahu umur datuk 20 tahun sampai bila bila. Sebab susah sangat nak cari pelapis yang setanding dengan datuk. Love you datuk,” luah seorang wargamaya.

Happy birthday datuk. Semoga panjang umur, murah rezeki dan bahagia di samping keluarga. Inilah nikmat sebenar dan mungkin ada hikmah COVID ni .Kita lebih menghargai segalanya,” komen seorang wargamaya.

Saya bangga sama tarikh lahir dengan datuk. Usia juga sama. Happy birthday datuk,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sebelumnya, Chong Wei telah mengumumkan persaraannya sebagai atlet badminton negara pada 13 Jun 2019 selepas 19 tahun cemerlang hingga menjadi pesohor dunia dalam arena sukan tersebut.

#Ulang tahun #badminton #Lee Chong Wei
;