,
Laman Utama

TGV Cinemas Pavilion Bukit Jalil Pawagam Pertama Malaysia Ada IMAX Dengan Laser System! Semak Apa Lagi Yang Best Kat Sini

Amri Hassan
10/11/2023
14:26 MYT
TGV Cinemas meraikan pelancaran lokasi terbaru mereka, TGV Pavilion Bukit Jalil, dengan persekitaran yang lebih inovatif, menarik, dan interaktif untuk meningkatkan pengalaman tontonan filem.
Dilengkapi dengan 16 dewan dan 1,555 jumlah tempat duduk, setiap dewan dilengkapi dengan 100% skrin digital, kerusi rehat yang selesa, dan ruang kaki yang luas untuk keselesaan optimum.

PILIHAN PEMBACA: #PE3 : Tayangan Awal Polis Evo 3 Raih Kutipan RM1.3 Juta, Benamkan Filem Antarabangsa

TGV Cinemas juga telah bekerjasama dengan Mattel South Asia untuk menyediakan "City of Play" terbesar di TGV Pavilion Bukit Jalil, dengan keluasan 2,041 kaki persegi.
TGV Pavilion Bukit Jalil ini juga merupakan pawagam pertama di Malaysia yang menawarkan IMAX dengan Laser System dan 12-Channel Sound Technology, yang memberikan pengalaman tontonan filem yang imersif dan multidimensional yang lebih realistik serta kualiti gambar yang lebih cerah dan realistik dengan kontras warna yang lebih dalam.
TGV Pavilion Bukit Jalil mempamerkan ruang legar dengan pengalaman audiovisual multisensori yang tiada tandingan, lengkap dengan skrin LED dari lantai ke siling yang memukau untuk tayangan filem yang lebih dinamik.
Penonton filem dialu-alukan untuk bersantai dan bersosial di ruang rehat yang direka mengikut tema filem sambil menikmati Wi-Fi kelajuan tinggi percuma yang tersedia di seluruh kawasan pawagam.
Lokasi TGV baharu ini juga mempunyai tiga dewan Indulge yang eksklusif untuk pengalaman menonton filem premium serta dua dewan Beanie, di mana para penonton boleh menonton filem dalam pod beanbag.
Tan Lay Han, Ketua Pegawai Eksekutif TGV Cinemas, berkata, "TGV Cinemas komited untuk menerajui inovasi sinematik dan menyampaikan pengalaman menonton filem yang luar biasa.
"Matlamat kami adalah untuk menjadikan pawagam kami sebagai pilihan tempat untuk meluangkan masa membawa rakan, keluarga, dan insan tersayang. Kami mengalu-alukan semua untuk menjadi sebahagian daripada sambutan ini dan merasai dewan baharu kami secara langsung."
Saksikan filem Marvel Studios' The Marvels dalam IMAX bermula dari 9 November 2023 untuk pengembaraan sinematik yang tiada tandingan di TGV Pavilion Bukit Jalil hari ini!
Layari tgv.com.my untuk maklumat lanjut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

5 Sebab TECNO POVA 6 Pro Sesuai Untuk Kaki Gamer & Mesra Poket!

gempak
27/08/2024
17:28 MYT
Jika anda sedang mencari telefon pintar yang menawarkan prestasi mantap tanpa perlu menghabiskan wang yang banyak, TECNO POVA 6 Pro mungkin menjadi pilihan terbaik untuk anda.
Advertorial

Sheriff Jalankan Misi Ops CLEAR Tewaskan Halangan, Bagaikan Syampu CLEAR Takkan Sentap Bila Seratus Peratus Mantap!

gempak
23/08/2024
07:20 MYT
Tidak dinafikan kehidupan sebagai selebriti pasti menjadi sorotan masyarakat sama ada dari segi kehidupan mahu pun penampilan.
Peraduan

Strim Filem Sony Kegemaran Anda di Astro First On Demand Store & Menang hadiah eksklusif daripada Sony!

gempak
20/08/2024
01:00 MYT
Strim Filem Sony Kegemaran Anda di Astro First On Demand Store dan Berpeluang untuk Menang hadiah-hadiah menarik dari Sony!
Gaya Hidup

Semangat 'Stop At Nothing', Tecno Umum Jadi Penyokong Global Rasmi Pertandingan Kelab AFC 2024/2025

gempak
19/08/2024
17:37 MYT
Jenama teknologi inovatif TECNO mengumumkan sebagai Penyokong Global Rasmi bagi pertandingan kelab yang baru diperkenalkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) iaitu Liga Juara-Juara AFC Elite™, Liga Juara-Juara AFC Dua™, dan Liga Juara-Juara Wanita AFC™ untuk musim 2024-2025.
Gaya Hidup

PERSEKA Iktiraf Pereka, Pemakai & Petukang Barang Kemas - "Pemenang Bawa Pulang Jongkong Emas & Belajar Di London"

gempak
06/08/2024
18:14 MYT
Program Air Tangan Emas atau Jewels Of Malaysia (JOM) bakal meneruskan misi pencarian bakat di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak bermula Ogos ini.