Laman Utama
TGV Cinemas Sambut Ketibaan Pengunjung Bermula Hari Ini
Berikutan soft opening minggu lalu, TGV Cinemas kini membuka panggung wayang mereka secara rasmi di seluruh negara hari ini.
Para penggemar filem dapat merasai keseronokkan menonton di panggung sekali lagi dengan menikmati tayangan di skrin besar yang menayangkan filem-filem blockbuster seperti Black Widow, Jungle Cruise dan Malignant dalam minggu pembukaan semula ini.
Senarai panggung wayang TGV yang dibuka semula adalah seperti di bawah.
Menurut Pengurus Besar (GM) Penjualan dan Pemasaran TGV Cinemas, Mohit Bhargava, pihaknya telah menjalankan prosedur operasi standard (SOP) dan mengamalkan langkah berjaga-jaga untuk keselamatan penonton yang datang.
"Kami telah menjalankan SOP dan mengambil tindakan pencegahan yang sepatutnya untuk keselamatan penonton TGV bermula hari ini.
"Data jualan menunjukkan penonton TGV (TGV Moviegoers) sudah membuat tempahan tiket lebih awal menerusi web dan aplikasi. Nampaknya filem Black Widow dan No Time To Die menjadi pilihan yang popular.
"Kami juga melihat ada pengunjung yang lebih selesa untuk menonton dalam panggung privasi (TGV Private Cinema), dimana mereka boleh membuat tempahan seluruh dewan panggung hanya untuk mereka. Sesiapa yang berminat boleh melayari www.tgv.com.my/private-cinema, " katanya.
Dalam pada itu, untuk meraikan pembukaan semula itu, TGV Cinemas memberi pelbagai tawaran dan keistimewaan untuk ahli TGV Moviegoers & MovieClub.
Tambah beliau, pihak TGV Cinemas juga akan mengumumkan sesuatu yang mengujakan sempena pelancaran filem No Time To Die dengan elemen tempatan.
"Kami akan mengumumkan pelancaran istimewa No Time To Die di panggung kami dengan 'Malaysia twist' yang pasti membuatkan peminat teruja," katanya.
Kredit Foto (Main Image): Focus Malaysia
Must-Watch Video