LAMAN UTAMA

Thai Green Curry Chicken | Episod 6 - Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton

Muhammad Ridhwan Roslan 05/03/2025 | 03:36 MYT

Jom ‘check it out’ resepi Kari Ayam Hijau Thai:

Resepi - Kari Ayam Hijau Thai

Bahan-Bahan A untuk Pes (Tumbuk Halus):
  • 2 batang serai
  • 1 inci lengkuas
  • 1-2 biji limau purut/lemon (kulit sahaja)
  • 3 ulas bawang putih
  • 1-2 biji bawang merah
  • 1 akar ketumbar
  • 3-4 helai daun limau purut
  • 10-15 tangkai cili padi hijau
  • 8-10 helai daun selasih
  • 1 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan putih
Bahan-Bahan B:
  • ½ ekor ayam
  • 1 cawan santan pekat (untuk tumis)
  • 3-4 cawan santan cair
  • 4-5 biji terung bulat hijau
  • 1 genggam daun selasih
  • 4-5 helai daun limau purut
  • 1 sudu besar sos ikan
  • ½ sudu kecil gula melaka
Cara Memasak:
  1. Mulakan dengan memotong & menyediakan semua bahan-bahan A yang akan dijadikan pes. Kemudian bahan-bahan A itu ditumbuk halus. Selepas itu, sediakan bahan-bahan B.
  2. Untuk memasak, mulakan dengan memasukkan satu cawan santan ke dalam kuali. Bila mendidih, masukkan bahan pes yang telah ditumbuk halus.
  3. Renehkan sehingga santan pecah minyak, kemudian masukkan ayam. Kacau lagi dan tutup kuali.
  4. Apabila ayam mula kecut, masukkan baki santan. Masak lagi selama 10-15 minit.
  5. Masukkan daun selasih dan daun limau purut.
  6. Masukkan terung, sos ikan, dan gula melaka. Tambahkan garam secukup rasa.
  7. Akhir sekali, masukkan hirisan lada merah. Hidangkan bersama nasi panas.
#Ramadan #Dapur Goodday #Indahnya Lain Macam