Mengagumkan! Inilah perkataan yang dapat digambarkan mengenai kebolehan anjing yang dapat mengesan pesakit COVID-19.

Lebih hebat lagi, anjing-anjing yang dilatih itu dapat mengesan individu positif COVID-19 dalam masa dua saat.

Menerusi perkongsian laman Facebook Public Health Malaysia, difahamkan sebanyak enam ekor anjing pengesan telah dilatih oleh pengkaji dari Thailand.

“2 saat. Ya! Hanya dua saat diperlukan untuk anjing yang telah dilatih pengkaji dari Thailand ini mengesan pesakit C19 terutamanya yang tidak bergejala. Dan kadar kejituannya adalah 94.8%!

“Alternatif kepada pengesan suhu yang tidak boleh mengesan pesakit c19 yang tidak bergejala. Ianya akan ditempatkan di lapangan terbang,” maklum hantaran berkenaan.



Setakan artikel ini ditulis, posting itu telah menerima lebih 2,000 perkongsian dan 733 komen.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', duduk di rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!