Laman Utama

Thank You For An Amazing Night! Ini 15 Moment Manis Konsert Aishah & MPO: A Symphonic Rendezvous

Mya Amri
08/08/2022
14:15 MYT
Lebih 35 tahun berada dalam industri muzik, ternyata persembahan penyanyi terkenal, Datuk Aishah tidak mengecewakan.
Gempak diundang untuk merasai sendiri kehebatan Konsert Aishah & MPO: A Symphonic Rendezvous di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) yang berlangsung pada Sabtu.
Tiada kata dapat diungkapkan tentang keseluruhan persembahan Aishah dan juga kelunakan suaranya. Hanya satu terlintas difikiran iaitu menakjubkan!
Di sini Gempak kongsikan momen terindah yang masih lagi dirasai oleh peminat Aishah sepanjang konsert itu berlangsung.
1. Diiringi Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO), Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin, 57, muncul dengan baju ‘lip lap lip lap’ menambahkan lagi seri persembahannya.
2. Selain menyanyi, Aishah juga turut menyelit sedikit humor dengan perangai comelnya yang gemar mengusik peminat.
3. Peminat yang hadir juga terdiri daripada pelbagai golongan usia, yang muda, yang berusia, just all ages! Tiket juga sold out dengan kehadiran 920 penonton guys!
4. Aishah meluahkan rasa lega dan terharu apabila penantian selama 36 tahun untuk mengadakan konsert tercapai.
“Cukup jauh perjalanan saya untuk tunaikan konsert ini. Sudah tertunda dua tahun kerana pandemik, dijangkiti pula dengan virus COVID-19 sebanyak dua kali sehingga merosakkan 20 peratus paru-paru saya,” katanya.
5. Aishah mendedahkan dirinya terjatuh sebelum konsert bermula namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk membuat persembahan.
“Sebenarnya dua hari sebelum latihan saya terjatuh ketika nak balik hotel. Masa itu baru balik dari membeli makanan.
“Tiba-tiba jatuh tapi mujurlah pakai pelitup muka, tak adalah yang kenal,” katanya sambil disambut hilai tawa peminat.
6. Konsert yang berlangsung selama dua jam setengah itu menyaksikan Aishah menyampaikan lebih 20 buah lagu termasuklah medley.
7. Paling menakjubkan Aishah menyanyikan lagu-lagu tersebut dengan penuh bertenaga, tidak kelihatan letih langsung! Stamina memang power!
8. ”Aishah macam telan kaset, ada muzik tak ada muzik tetap merdu,” kata seorang peminat sewaktu sesi rehat.
9. Antara seleksi lagu yang dipersembahkan adalah Tiada Duka, Kasih Kita, Kau Yang Istimewa, Fatwa Pujangga, Bayangan, Kemaafan Dendam Yang Terindah, Kau Pergi Tanpa Pesan, Kau Sahabat, Kekasih, Teman dan All By Myself.
10. Aishah juga mendedahkan turun berat badan sebanyak 47 kg.
11. ”Mana boleh balik, lagu cari makan tak nyanyi lagi,” seloroh Aishah merujuk kepada lagu berhantunya iaitu Camar Yang Pulang dan Janji Manismu.
12. Paling manis bila ada peminat sambut anniversary ke-28 dengan hadir ke konsert Aishah dan penyanyi hebat ini memberikan ucapan khas buat pasangan tersebut sambil melambaikan tangannya.
13. Aishah juga sempat menunaikan permintaan peminat dengan menyanyikan lagu rayanya, Pulanglah secara spontan dan acapella.
14. Peminat juga tidak melepaskan peluang turut ikut menyanyi bersama-sama penyanyi kesayangan mereka.
15. Persembahan Aishah diiringi Orkestra Filharmonik Malaysia pimpinan konduktor, Ahmad Muriz Che Rose.
Apa pun yang pasti, Konsert Aishah & MPO: A Symphonic Rendezvous ini ternyata meninggalkan seribu satu kenangan manis buat peminatnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

THE BOYZ Singgah Berkonsert Di Malaysia September Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai!

gempak
25/07/2024
16:55 MYT
Penantian bakal berakhir untuk peminat- peminat K-Pop selepas penganjur konsert Star Planet mengumumkan kedatangan kumpulan bintang idola K-Pop, The Boyz ke Malaysia buat kali pertama.
Hollywood

Michael Learns To Rock Kembali Ke Malaysia November Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai Ini!

gempak
24/07/2024
11:45 MYT
Kumpulan terkenal dari Denmark, Michael Learns To Rock (MLTR) kembali menjelaja negara-negara Asia termasuk Malaysia pada November ini sempena konsert Take Us To Your Heart.
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert byAJAI & MEGA FRIENDS

gempak
24/07/2024
09:46 MYT
Peraduan

GMW Giveaway: Gimme The Mic Minggu 2

gempak
24/07/2024
09:40 MYT
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Solo Terakhir Dato' Awie

gempak
24/07/2024
09:33 MYT