"Thank You To Everyone Who Keeps Supporting And..." - Bella Dally Raih 2 Juta Pengikut Di Instagram

Asraf Aided
Jun 20, 2019 07:13 MYT
Pelakon Bella Dally telah meraih 2 juta pengikut di akaun Instagram miliknya.
Perkara itu dikongsi Bella menerusi sebuah entri di laman sosial terbabit.
Bella mengucapkan terima kasih kepada semua pengikutnya yang sentiasa menyokong dan mengikuti perkembangan dirinya.
"Made it to 2 million followers baby! Thank you to everyone of you who keeps supporting and following my journey doing what I love," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Bella tumpang gembira dan mengucapkan tahniah kepadanya.
Sedikit info mengenai Bella, pelakon kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini mulai aktif di industri hiburan pada tahun 2009 dan masih berjaya mengekalkan namanya sehingga kini.
Terdahulu, Bella pernah mendirikan rumah tangga bersama aktor Nazim Othman pada tahun 2016, namun rumah tangga mereka itu menemui titik noktah pada tahun 2018.
Pada 31 Mac lalu, Bella sah bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan yang bernama Arif Izuddin.
#Bella Dally