Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Thank You For Everything Umi" - Aliff Aziz

Amri Hassan
11/05/2024 22:09 MYT
Artis kontroversi kelahiran Singapura, Aliff Aziz tampil menitipkan ucapan sempena Hari Ibu buat ibunya, Siti Hafiza Basharahil.

Menerusi hantaran di Instagram Story, pelantun lagu ‘Sayang Sayang’ itu mengulang siar hantaran yang memaparkan 10 perkara yang tidak pernah diberitahu seorang ibu kepada anak-anak.

Antara perkara yang tidak diberitahu seorang ibu ialah tindakan anak yang membuatnya menangis, hati terluka setiap kali anak berlaku biadab, hancurnya hati melihat anak menangis dan banyak lagi.

Menerusi hantaran itu juga, Aliff menitipkan ucapan terima kasih buat ibunya yang telah banyak berkorban dan sentiasa memberikan sokongan buatnya susulan kontroversi yang melanda sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

"Terima kasih untuk segalanya umi (panggilan Aliff buat ibunya)," tulisnya.

BERITA TRENDING: Dibandingkan Dengan Mentua Puteri Sarah, Ini Respons Ibu Aliff Aziz!


Sebelum ini, ibu kepada Aliff kerap berkongsi kata-kata hikmah bersama para pengikut di media sosial selepas kontroversi rumah tangga melibatkan anaknya itu bersama menantu, Bella Astillah.

Namun begitu, Siti Hafiza didakwa telah menyahaktifkan akaun Instagram miliknya selepas Aliff kembali menjadi buah mulut netizen di media sosial.

PILIHAN PEMBACA: Ibu Aliff Aziz Minta Doa Baik-Baik Untuk Anak, Menantu! - "Saya Tak Mahu Cakap Perkara Negatif"

#Viral #Aliff Aziz #Singapura #Hari Ibu #Ibu #Ucapan #Siti Hafiza Basharahil
;