“Thank You Malaysia For Your Support” - Maggie Lindemann Terharu Sambutan Peminat Di Kuala Lumpur

Azwa Rahman
Jun 25, 2019 12:35 MYT
Penyanyi yang sedang meningkat naik, Maggie Lindemann tidak menyangka dia dan lagunya diterima dengan baik oleh peminat-peminat di Malaysia.
Berada di Malaysia dalam rangka promosi dan siri jelajah single terbarunya, Friends Go, penyanyi kelahiran YouTube ini pertama kali menjejakkan kakinya ke Kuala Lumpur dan menghiburkan penonton di sini.
“Thank you for all your support, Malaysia. First of all, it is such an amazing feeling.
“There will be more music coming in, and hopefully I’ll be able to come over here more often and I am so excited for the show tonight”, ujar Lindemann ketika ditemubual di The Bee, Publika.
Penyanyi bersuara serak basah ini mula menempa namanya menerusi single pertama bertajuk Pretty Girl dan kini semakin diterima ramai menerusi single terbaru.
Bersemangat menceritakan inspirasi disebalik lagu Friends Go, lagu ini dicipta luhur dari hati.
“Saya mahu menjadi diri saya sendiri dan apa sahaja karya saya, ia asli. Ramai diantara kita pernah berada di dalam hubungan atau persahabatan.
“Pada awalnya memang semuanya indah tapi akhirnya hubungan itu pincang, kawan-kawan mula menjauhkan diri, jadi itulah cerita disebalik lagu ini”, ujarnya lagi.
Lindemann kini mempunyai hampir 7 juta pengikut di Instagram.