Hiburan
"Thank You To My Life Partner ..." - Azar Azmi Bagi Bayangan Sedang Bercinta Dengan Fizo Omar?
Status hubungan aktres Azar Azmi, 31, bersama pelakon dan usahawan Fizo Omar, 35, kembali menjadi bualan ramai warganet.
Menerusi Instagram (IG) milik Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi, dia seakan memberi bayangan yang hubungan mereka sudah memasuki fasa baharu.
Dalam entri tersebut, Azar menulis kapsyen dengan menyatakan Fizo adalah pasangan hidupnya.
"Terima kasih kepada pasangan hidup saya (my life partner). Dia cakap Mek Ja (Azar) bersiap nak pergi Pavillion ya?
"Yang kuat membahan, kuat sakat, kuat menyakitkan hati, kuat gelakkan Mek Ja, kuat bagi semangat juga dan sentiasa memastikan semua peralatan berada dalam kedudukan yang betul @fizoomar," tulisnya.
Pelakon drama Nur 2 dan Adellea Sofea itu berkongsi foto ketika menyertai sukan permotoran off-road.
Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar turut kelihatan 'tag' nama Azar di bahagian hati.
Menjengah di ruangan komen, rakan artis dan peminat berasa gembira malah ada yang mendoakan agar hubungan ini kekal bahagia.
"@jannanick: Till jannah! Amin.
"@hanis_ehsan: Wahhh my life partner. Kita suka kita suka.
"@faz.linadia: Suko tengok Mek Ja dan Abe Joe.
"@aiyanaisml: Mek Ja dengan Abe Fijooo kahwin cepat ah.
"@hassan_redzuan: Jadi korang bercinta la ni," antara komen-komen yang ditinggalkan.
Gempak sedang berusaha untuk mendapatkan komen lanjut daripada Fizo dan Azar.
Fizo dan bekas isteri, Mawar Abdul Karim bercerai pada Julai tahun lalu manakala Azar putus tunang dengan penerbit filem, Hafiz Rozlan pada Februari lalu.
Must-Watch Video