Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Thank You Nabila!"

Amri Hassan 03/07/2020 | 05:25 MYT
Pelakon Sharnaaz Ahmad akur dengan apa juga keputusan mahkamah mengenai status perkahwinannya bersama Noor Nabila selepas ini.
Kata Sharnaaz, keutamaannya kini buat anak tunggalnya, Jebat Jayden Ahmad.
"Kami belum bercerai, antara saya dan Nabila kami kawan, yang akan membesarkan Jebat bersama-sama sebagai seorang ibu dan bapa.
"Semuanya saya serah kepada mahkamah dan apa juga keputusan selepas ini saya akur. Paling penting saya bersyukur dapat luangkan masa dengan Jebat," kata Sharnaaz kepada Gempak.
Sharnaaz yang ditemui di majlis perasmian Bubble Bee di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur pada Khamis menghormati Nabila sebagai ibu kepada anaknya.
Malah, Sharnaaz bersyukur diberikan peluang untuk menjenguk anaknya pada bila-bila masa.
"Dalam sehari saya mesti jumpa Jebat tiga kali. Pagi, tengah hari petang! Kalau ada shooting kami akan buat panggilan video.
"Saya hormati Nabila dan pastinya saya belum tentu akan dapat ibu yang bagus macam Nabila. Itu saja saya boleh cakap.
"Jebat dibesarkan dengan 100 peratus kasih sayang ibu. Terima kasih Nabila.
'Mengenai hubungan kami, kita letak ke tepi," tambahnya.
Sharnaaz dan Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang berusia setahun.
September tahun lalu, Nabila memfailkan perceraian terhadap Sharnaaz namun pelakon drama Suamiku Encik Sotong itu menolak permohonan cerai tersebut.
Mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes tersebut.
Sharnaaz kemudiannya memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya namun pasangan itu dilihat berbaik-baik semula baru-baru ini.
#Sharnaaz Ahmad #Noor Nabila #Jebat Jayden
;