Penampilan selebriti terkenal Janna Nick yang ketika ini sedang bercuti di luar negara menarik perhatian netizen di laman sosian di mana rata-ratanya menganggap imejnya itu terlalu seksi.

Menerusi dua hantaran itu, bukan sahaja berambut ungu, Janna juga kelihatan tanpa segan silu 'belanja' gambar dirinya memakai skirt pendek atas lutut berwarna hitam.

Malah foto tersebut memperlihatkan aktres berumur 27 tahun itu 'posing' secara menggoda dengan menulis kapsyen ringkas, 'Thank you, Next’ namun memilih untuk menutup ruangan komen.

Sementara itu, di Instagram Stories, pelakon drama Marry Me Senorita turut berkongsi 'quotes' tentang move on.

“Masa silam saya adalah masa silam. Ia menjadikan saya sekarang. Saya tak ada rasa penyesalan dan tidak akan mengubahnya. Saya tidak lagi tinggal di sana lagi,” kata-kata tersebut.

Sebelum ini, pelantun lagu Gatal memuat naik status sudah 'single' selain sudah tidak lagi mengikuti Instagram (IG) aktor, Dini Schatzmann.

Terdahulu, Janna dan Dini memulakan percintaan mereka pada Julai 2018 semasa sama-sama menjalani penggambaran drama Bukan Cinta Aku.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!