“Thank You So Much Sayang…” - Ernie Zakri Tak Sangka Dapat Tonton Konsert Beyonce, Paling Special Pergi Dengan Suami
Mya Amri
06/06/2023 06:50 MYT
06/06/2023 06:50 MYT
Penyanyi, Ernie Zakri tidak pernah menyangka hasrat untuk menonton konsert idolanya, Beyonce Knowles secara langsung akhirnya menjadi kenyataan.
Ernie berkongsi kegembiraannya itu bersama beberapa seleksi foto yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Lebih istimewa lagi, Ernie telah terbang ke Kota London bersama suami tercinta, Syamel bagi menghadiri Beyonce Renaissance World Tour yang berlangsung di Tottenham Hotspur Stadium London.
“Entahlah, nak tulis ayat pun masih tak boleh fikir apa apa. Ini impian saya. Yang mana kenal saya, tahu lah macam mana saya punya suka dengan cik Bey ni.
“Dulu selalu tanam hasrat nak pergi tengok Beyonce live, tapi bila tu tak pernah terfikir lah. Alhamdulillah, dapat tengok dengan suami. Lagi rasa special.
“Lepas itu dia nyanyi banyak juga dari album lama dia. Lagi lah rasa nak nangis. (I love the old Bey jangan marah ha),” kongsinya.
Dalam hantaran yang sama, Ernie juga turut mengucapkan terima kasih kepada suaminya kerana sudi menonton dan mencipta kenangan manis bersama.
“Thank you so much sayang @syamel_official sudi sama sama tengok konsert. Moga ada rezeki lagi nak pergi konsert lain, Amin.
“Banyak video suami record, saya tak berapa banyak. Tak pandai nak record sambil tengok. Nanti saya upload lah sikit-sikit dekat IG Story.
“Yang mana suka Beyonce tu, sama samalah kita kongsi momen ni. Sambung nangis jap. Beyhive forever,” tulisnya.
Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada Mac 2021 dan hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Khawla Soleha yang kini berusia setahun.