Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Thanks For The Memories” – Sedih Pula Rasanya, Lepas Tiga Tahun Hari Ini Last Day Fad Bocey Di ERA

Mya Amri
15/11/2019 09:30 MYT
Bintang Maharaja Lawak Mega (MLM2019) Fad Bocey mengumumkan hari ini merupakan hari terakhir sebagai penyampai radio ERA.
 
Fad mengumumkan perkara itu menerusi kemas kini terbaru diakaun Instagramnya sebentar tadi.
 
Menurut Fad, dia berterima kasih atas segala kenangan manis sepanjang menjadi keluarga ERA dan memohon maaf kepada pendengar sekiranya terkasar bahasa ketika ke udara.
 
“Thanks for the memories @era.je ,thank you semua yang dengarkan saya selama saya ke udara, maaf kalau ada salah dan terkasar bahasa ye. Salam Jumaat semua #lastday #3years,” tulisnya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Thanks for the memories @era.je ,tq semua yg dengarkan sy selama sy ke udara,maaf kalau ada salah dan terkasar bahasa ye????salam jumaat semua #lastday #3years

A post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey) on

 
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rakan penyampainya Dina Nadzir juga turut meluahkan rasa sedihnya.


 
Dalam perkembangan terbaru, Fad kini sibuk dengan MLM2019 bersama Achey dan Abam.
 
MLM2019 yang bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam.
 
Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124)
 
Untuk mengundi, undian boleh dilakukan secara:
 
1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega
 
2.Undian SMS: Taip ML<jarak>NAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20><jarak>NAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.
 
Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega
 
#Fad Bocey #Era #Era #MLM2019