TERKINI
Thariq Halilintar & Aaliyah Timang Cahaya Mata Sulung Lelaki - “Alhamdulillah Akhirnya…”
Pempengaruh terkenal Indonesia, Thariq Halilintar meluahkan rasa syukur selepas isterinya, Aaliyah selamat menyambut kelahiran anak sulung mereka pada Jumaat.
Menerusi perkongsian di Instagram, Thariq berkongsi dia dan isteri sepakat memilih nama Ahmad Arash Omara Thariq yang membawa makna cinta, iman dan harapan.
“Kepada anak kesayangan kami Ahmad Arash Omara Thariq, Alhamdulillah akhirnya kamu berada dalam dakapan kami dengan keadaan sempurna dan sihat.
“Kamu adalah dari doa kami yang menjadi kenyataan, tanda rahmat Allah dan amanah kecil kami. Dengan ini kami memilih nama tersebut yang membawa maksud cinta, iman dan harapan,” katanya.
Dalam pada itu, pasangan ini turut menitipkan doa dan harapan agar anak mereka membesar sebagai insan soleh yang sentiasa mengikuti jejak langkah Rasulullah SAW.
“Semoga jejak langkahmu sentiasa mengikuti Rasulullah, semoga menjadi sumber berkat di dunia dan akhirat.
“Kami (Thariq dan Aaliyah) sentiasa mendoakan agar kamu menjadi anak lelaki yang kuat dan baik serta disayangi ramai. Apa yang paling penting dikasihi oleh Allah,” ujarnya.
Untuk rekod, Thariq bernikah dengan Aaliyah pada 26 Julai tahun lalu.
Pada awal Januari lalu, Aaliyah memberi kejutan kepada peminat apabila memuat naik foto memaklumkan dia sedang hamil anak pertama.
Must-Watch Video